Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487891
Title: | Aras bacaan awal Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 1 |
Authors: | Mohd Mokhtar Tahar (P37833) |
Supervisor: | Zalizan Mohd Jelas, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Bahasa Melayu Membaca Reading readiness |
Issue Date: | 28-Jun-2016 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan instrumen Saringan Bacaan awal Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 1. Pembangunan instrumen adalah berdasarkan teori bacaan dan teori kognitif yang berkaitan dengan emosi, kebolehan membaca, masalah fizikal, serta rangsangan dan pendedahan awal. Prosedur pembinaan instrumen merangkumi pembinaan kerangka konstruk instrumen berdasarkan kamus dewan bahasa dan pustaka, pembinaan instrumen kajian, pengesahan pakar, pengujian item bagi menentukan ciri-ciri psiko metrik (kesahan, indeks kesukaran item, indek diskriminasi item dan kebolehpercayaan instrumen). Hasil daripada kajian menunjukkan keseluruhan item dalam konstruk yang dikaji berdasarkan nilai Cohen Kappa dan Cronbach Alpha keseluruhan item berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diguna pakai dalam kajian sebenar. Kajian ini juga menggunakan ujian saringan yang telah disahkan bagi mengenal pasti aspek pengamatan, tahap awal membaca, boleh membaca, bacaan baik, bacaan sangat baik dan tahap lancar. Seterusnya, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan bagi aspek pengamatan, suku kata, perkataan, ayat dan kefahaman berdasarkan demografi. Sampel kajian melibatkan seramai 1240 murid darjah 1 di enam buah sekolah rendah di pilih secara rawak mudah di semenanjung Malaysia. Hasil ujian saringan awal bacaan Bahasa Melayu menunjukkan terdapat 5% pada tahap pengamatan, 15% berada pada tahap membaca awal, 11% berada pada tahap boleh membaca, 32.5% berada pada tahap bacaan baik serta 30% berada pada tahap lancar. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan aspek-aspek kemahiran membaca berdasarkan demografi murid. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspek-aspek dalam konstruk kebolehan membaca. Implikasi kajian ini dapat mengenal pasti kategori kemahiran membaca dalam kalangan murid dan ini boleh memudahkan perancangan strategi guru dalam meningkatkan kebolehan membaca mengikut kelompok kepelbagaian murid.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 279 |
Call Number: | LB1525.M836 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98341+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 609.01 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.