Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487831
Title: Penilaian pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi
Authors: Rahayu Johari (P68535)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Dr.
Keywords: Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Dunia Sains dan Teknologi
Penilaian
Tahun Dua
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 15-Aug-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Modul Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun Dua. Menggunakan Model Penilaian Tyler yang berteraskan empat elemen iaitu objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Reka bentuk kajian adalah kajian penilaian yang menggunakan pendekatan kajian pelbagai (mixed method) yang dikenali explanatory sequential design. Sampel kajian tinjauan terdiri daripada 345 orang guru mata pelajaran DST Tahun Dua manakala responden temu bual secara individu seramai 6 orang dan 2 kumpulan berfokus melibatkan 6 orang guru. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan program SPSS Window versi 22.0 untuk menentukan frekuensi, peratusan, skor min, sisihan piawai, MANOVA dan Regresi Berganda. Manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman guru terhadap elemen objektif dan kandungan berada pada tahap tinggi. Manakala tahap kemahiran guru terhadap kaedah mengajar dan penilaian juga berada pada tahap tinggi. Analisis ujian MANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan perspektif guru dari segi konstruk objektif, kandungan, kaedah dan penilaian dalam pelaksanaan kurikulum mata pelajaran DST Tahun Dua berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Analisis regresi menggunakan kaedah stepwise mendapati empat pemboleh ubah bebas iaitu pemilihan isi kandungan, Standard Kandungan TMK, matlamat kurikulum dan kesesuaian kandungan mempunyai korelasi serta mempengaruhi tahap kemahiran kaedah mengajar guru dalam melaksanakan Standard Pembelajaran kurikulum DST Tahun Dua. Analisis regresi berganda kedua mendapati lima pemboleh ubah bebas iaitu pemilihan isi kandungan, Standard Kandungan & Standard Pembelajaran, Standard Kandungan TMK, kesesuaian kandungan dan matlamat kurikulum mempunyai korelasi serta mempengaruhi tahap kemahiran menilai guru dalam melaksanakan Standard Pembelajaran kurikulum DST Tahun Dua. Gabungan dapatan item terbuka dan temu bual mendapati cabaran utama yang dihadapi oleh guru ialah peruntukan masa PdP yang tidak mencukupi dan prasarana makmal sains dan makmal komputer tidak lengkap. Di samping itu terdapat 10 cabaran dan kekangan lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan standard pembelajaran KSSR DST Tahun Dua. Cadangan penambahbaikan pelaksanaan kurikulum mata pelajaran DST perlu difokuskan kepada aspek meningkatkan kualiti pedagogi alaf baru dan pengetahuan yang terkini kepada guru-guru pra dan dalam perkhidmatan. Sokongan, pemantauan dan latihan profesionalisme secara berterusan perlu diambil perhatian untuk memastikan hasrat kurikulum yang telah digubal dapat diterjemahkan dan dilaksanakan dengan sempurna.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 367
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96943+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
631.61 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.