Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487762
Title: | Proses latihan tenaga pengajar bagi orang kurang upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat |
Authors: | Zainal Rashid Kamaruddin (P33775) |
Supervisor: | Norasmah Othman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Tenaga pengajar Orang kurang upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat People with disabilities -- Education People with disabilities -- Malaysia -- Life skills guides People with disabilities -- Training of |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Kajian ini bertujuan mengkaji proses latihan Tenaga Pengajar Bagi Orang Kurang Upaya (TPOKU) daripada aspek persediaan latihan, pelaksanaan latihan dan penilaian latihan dan keberkesanan terhadap TPOKU. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan kaedah penyelidikan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji telah menggunakan dua set instrumen soal selidik dan dua set protokol temu bual bagi dua kategori responden iaitu TPOKU (63 orang) yang bertugas di pusat-pusat latihan kemahiran dan pelajar kurang upaya (245 orang) yang menjalani latihan kemahiran di pusat-pusat latihan kemahiran yang dikendalikan oleh agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan. Soal selidik dan temu bual yang dibina sendiri berdasarkan kerangka konseptual yang diadaptasi dari Model Proses Latihan Blanchard, Teori Pemikiran Kawalan Adaptif Anderson dan Teori Tingkah Laku Terancang Ajzen. Data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (peratusan, skor min dan sisihan piawai). Temu bual pula digunakan sebagai instrumen untuk menyokong dapatan soal selidik. Secara keseluruhannya, TPOKU dan pelajar kurang upaya memberi maklum balas yang baik terhadap proses program latihan TPOKU. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan terhadap pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku disebabkan kehadiran TPOKU dalam program latihan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perubahan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku berdasarkan persepsi pelajar OKU. Secara keseluruhannya, TPOKU menerima baik sebarang program latihan kerana latihan memberi perubahan positif terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku mereka terhadap pelajar OKU. Implikasi kajian ini dapat memberi maklumat yang berguna bahawa latihan TPOKU perlu diteruskan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga perlu meneruskan usaha dengan lebih giat untuk mendedahkan TPOKU kepada latihan. Namun demikian, usaha untuk memperbaiki keberkesanan latihan TPOKU perlu dipertingkatkan agar menjadikannya lebih memenuhi keperluan tenaga pengajar di pusat latihan OKU,Ph.D. |
Pages: | 321 |
Call Number: | LC4019 Z335 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76640+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.