Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487237
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAdi Irfan Che-Ani, Prof. Madya. Sr. Ts. Dr.-
dc.contributor.authorHasnan Hashim (P80749)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:58Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:58Z-
dc.date.issued2022-08-18-
dc.identifier.otherukmvital:130626-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487237-
dc.descriptionKecacatan bangunan boleh memberi kesan kepada mekanisma pembayaran kerana prestasi dinilai berasaskan spesifikasi output yang telah ditentukan bagi projek Kerjasama Awam Swasta. Ketiadaan mahupun ketidakseragaman pelaksanaan tempoh tanggungan kecacatan, risiko semasa fasa serahan projek dan masalah kualiti pembinaan merupakan masalah primer yang dilaporkan semasa fasa serahan projek. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini bermatlamat untuk membangunkan kerangka operasi bagi menambah baik sistem pengurusan kecacatan bangunan semasa fasa serahan projek yang dipraktis dalam projek secara Kerjasama Awam Swasta di Malaysia. Tiga kampus universiti telah dipilih sebagai kajian kes. Pendekatan secara kaedah kualitatif dipilih untuk kajian ini. Data kualitatif diperolehi daripada bengkel sumbang saran dan semakan / analisa dokumen daripada dokumen utama projek iaitu Manual Prosedur Kerja dan Laporan Pemeriksaan Bersama bertujuan untuk menyiasat sistem pengurusan kecacatan bangunan semasa fasa serahan projek yang diamalkan dan mendapatkan taburan data kecacatan bangunan mengikut 11 kriteria penilaian iaitu klasifikasi kecacatan, jenis bangunan, jenis lokasi, jenis elemen, sub-elemen, punca kecacatan, kategori kecacatan, kumpulan kecacatan, jenis kecacatan, tahap keadaan kecacatan dan tahap keutamaan pembaikan. Peringkat pertama temubual dijalankan secara separa struktur dengan pasukan projek untuk mengenalpasti apakah perkara yang boleh ditambah baik dalam sistem pengurusan kecacatan bangunan. Akhirnya, kerangka operasi yang terhasil akan disahkan oleh panel pakar industri melalui temu bual peringkat kedua. Data yang terkumpul dalam keseluruhan kajian ini di analisa menggunakan kaedah analisa kandungan, analisa bertema dan analisa kekerapan. Penemuan kajian mendedahkan item yang paling tinggi mengikut 11 kriteria penilaian adalah: klasifikasi kecacatan (dalam kadar 35-50 bagi setiap kajian kes), jenis bangunan (6 lokasi paling dominan), jenis lokasi (1 jenis lokasi - lokasi utama), jenis elemen (1 elemen paling dominan - kemasan dalaman), sub-elemen (7 sub-elemen paling dominan), punca kecacatan (1 punca paling dominan - pembinaan), kategori kecacatan (1 kategori paling dominan - kefungsian), kumpulan kecacatan (7 kumpulan paling dominan), jenis kecacatan (11 jenis kecacatan paling dominan), tahap keadaan kecacatan (1 tahap paling dominan - tahap baik) dan tahap keutamaan pembaikan (1 tahap paling dominan - tahap rutin). Profil kecacatan yang terbentuk mengesahkan 10 ujian simulasi boleh diterima dan digunapakai dalam kerangka operasi yang dicadangkan. Selain itu, penemuan kajian turut mendapati enam tema terlibat dalam sistem pengurusan kecacatan bangunan iaitu prosedur kerja, dokumentasi, pihak berkepentingan, penyelesaian pertikaian, penilaian keadaan bangunan dan petunjuk prestasi utama yang menyumbang kepada prestasi projek secara keseluruhannya. Berdasarkan penemuan di atas, pemilik projek mempunyai sumber yang boleh dirujuk berdasarkan pola kecacatan bangunan untuk mengawal projek pada masa hadapan. Hasil kajian memberikan panduan berguna kepada penggubal dasar, pemilik, sektor awam mahupun swasta seterusnya menyumbang kepada pemantapan proses pengurusan kecacatan bangunan di Malaysia.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectProjek kerjasama awam swasta-
dc.subjectSistem pengurusan kecacatan bangunan-
dc.subjectInformation technology -- Management-
dc.titleKerangka operasi sistem pengurusan kecacatan bangunan (fasa serahan projek) bagi projek kerjasama awam swasta di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages266-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130626+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.