Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487162
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Zaidi Omar, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Anif Mohd Arif (P78495) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:29:40Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:29:40Z | - |
dc.date.issued | 2020-01-24 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123624 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487162 | - |
dc.description | Kajian ini dilakukan untuk mengkaji sifat kebolehbentukan-tikso dan sifat mekanikal aloi 2014 terubahsuai Si dan Cu. Aloi 2014 dipilih kerana ia adalah aloi Al tempa berprestasi tinggi dengan sifat mekanikal yang sangat baik berbanding aloi Al tuang. Melalui proses pembentukan-tikso, aloi 2014 boleh dibentuk kepada bentuk yang lebih rumit yang tidak boleh dihasilkan melalui proses tempaan. Bagaimanapun, aloi 2014 tidak sesuai untuk proses pembentukan-tikso kerana sifat kebolehalirannya yang sangat rendah dan julat pemejalannya yang sangat luas. Pada masa yang sama, aloi 2014 juga memiliki sifat rintangan karatan yang rendah disebabkan kandungan Cu yang tinggi. Dalam kajian ini, kerja-kerja permodelan dilakukan dengan menggunakan perisian JMatPro untuk mengkaji kesan penambahan Si dan pengurangan Cu ke atas sifat kebolehbentukan-tikso dan fasa keseimbangan aloi 2014. Manakala, kerja-kerja eksperimen pula dilakukan bagi membuktikan keupayaan aloi 2014 terubahsuai Si dan Cu untuk dibentuk-tikso. Kerja-kerja eksperimen adalah melibatkan ujikaji tuangan cerun penyejuk (untuk suhu tuangan yang pelbagai iaitu 640, 650 dan 660 °C), ujikaji peleburan separa (untuk arus gegelung aruhan yang berbeza iaitu 440, 460, 480 dan 500 A) dan proses pembentukan-tikso. Hasil permodelan mendapati bahawa apabila kandungan Si dalam aloi 2014 bertambah daripada 0.8 kepada 5 % berat dan kandungan Cu berkurang daripada 4.5 kepada 3 % berat, julat pemejalan aloi berkurang daripada 132 °C kepada 111 °C, kandungan fasa eutektik pula bertambah dengan ketara, manakala julat suhu pemprosesan proses pembentukan-tikso iaitu di antara pecahan cecair 0.3 dan 0.5 (ΔT0.3/0.5) menjadi semakin besar. Hasil eksperimen pula mendapati bahawa bahan suapan aloi 2014 terubahsuai Si dan Cu yang mengandungi ira-ira α-Al berbentuk bukan dendrit dengan faktor bentuk purata 0.74±0.07 dan saiz purata 32±3.4 μm berjaya dihasilkan melalui proses tuangan cerun penyejuk dengan suhu tuangan 650 °C. Selepas proses peleburan separa pada suhu 575 °C dengan menggunakan arus gegelung aruhan 460 A, struktur bukan dendrit tersebut telah berubah kepada bentuk hampir sfera yang paling halus dengan faktor bentuk purata 0.81±0.03 dan saiz purata 41±11.5 μm. Berdasarkan hasil ujian sifat mekanikal, aloi 2014 terubahsuai Si dan Cu yang terbentuk-tikso mempunyai kekuatan tegangan muktamad dan kekuatan alah yang tinggi iaitu masing-masing 253.5 MPa dan 174.3 MPa. Selepas proses rawatan haba T6, kekuatan tegangan muktamad dan kekuatan alah tersebut masing-masing meningkat kepada 295 MPa dan 194.6 MPa. Manakala, nilai kekerasan-makro dan kekerasan-mikro pula masingmasing meningkat daripada 46 ± 3.9 HRB dan 104 ± 3.0 HV kepada 53 ± 1.3 HRB dan 107 ± 5.3 HV selepas proses rawatan haba T6. Pertambahan kekuatan dan kekerasan aloi selepas dikenakan rawatan haba larutan pada suhu 485 °C dan diikuti proses penuaan adalah disebabkan oleh pemendakan fasa antara logam Al2Cu yang halus dan pensferaan partikel-partikel Si eutektik. Selain itu, pembentukan fasa Al8FeMg3Si6 dengan morfologi polihedral yang padat mampu bertindak sebagai penghalang kepada pergerakan kehelan serta mempunyai rintangan yang besar terhadap lekukan. Kesimpulannya, sifat kebolehbentukan-tikso aloi 2014 dapat ditingkatkan dengan penambahan Si dan pengurangan Cu. Melalui proses pembentukan-tikso, aloi 2014 terubahsuai Si dan Cu bukan sahaja dapat dibentuk kepada bentuk yang rumit bahkan memiliki sifat mekanikal yang setanding aloi Al tempa 2014. Disamping itu, peningkatan sifat mekanikal kesan daripada rawatan haba larutan pada suhu yang rendah membuktikan bahawa aloi 2014 terubahsuai Si dan Cu yang terbentuk-tikso mempunyai sifat kebolehrawatan haba yang baik.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Aloi aluminium | - |
dc.subject | Sifat mekanikal | - |
dc.subject | Silikon | - |
dc.subject | Kuprum | - |
dc.title | Kebolehbentukan-tikso dan sifat mekanikal aloi aluminium 2014 terubahsuai silikon dan kuprum | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 166 | - |
dc.identifier.barcode | 005798(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123624+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.