Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487159
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Ir. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Hafizuddin Muhamad (P77924) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:29:37Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:29:37Z | - |
dc.date.issued | 2019-12-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123565 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487159 | - |
dc.description | Pelepasan air sisa yang tidak dirawat secara efektif ke dalam sumber air oleh industri kertas dan pulpa boleh mendatangkan masalah kepada penduduk setempat kerana dikhuatiri penumpukan sebatian bertoksik dan berkarsinogenik terutamanya sebatian organik berhalogen terjerap (AOX) yang tidak disingkirkan dalam sumber air minuman. Kajian penyingkiran sebatian AOX menggunakan gabungan proses penjerapan karbon teraktif bergranul (GAC) dan biofilem dalam sistem rawatan multimedia - reaktor biofilem sesekumpul berjujukan (MM-SBBR) telah dijalankan. Objektif pertama kajian ini, adalah untuk menentukan prestasi sistem pertumbuhan biofilem dalam SBBR berskala makmal dalam rawatan efluen kilang kertas kitar semula berdasarkan hasil analisis permintaan oksigen kimia (COD), kekeruhan, nitrogen ammonia (NH3-N), fosforus fosfat (PO43-P), warna dan pepejal terampai (SS). Seterusnya, kinetik, isoterma dan mekanisme penyingkiran AOX (khususnya pentaklorofenol, PCP) dari air sisa menggunakan sistem MM-SBBR skala makmal berisipadu 18 L telah ditentukan dengan memanipulasi kesan bebanan PCP (10-100 mg L-1) pada masa tahanan hidraulik (HRT 24 jam). Pengenalpastian komuniti bakteria yang berketahanan tinggi terhadap AOX (khususnya PCP 100 mg L-1) dalam sistem MM-SBBR skala makmal turut dijalankan. Seterusnya, prestasi sistem MM- SBBR skala loji pandu berisipadu 2200 L dalam mod selanjar turut dijalankan bagi merawat efluen sebenar kilang kertas kitar semula, dengan memanipulasi kesan HRT (16-48 jam) dan kadar pengudaraan (AR: 50-90 L min-1). Hasil kajian objektif pertama menunjukkan bahawa prestasi dan kestabilan proses penyingkiran bahan cemar oleh sistem pertumbuhan biofilem dan penjerapan GAC dalam SBBR dengan penambahan inokulum adalah lebih baik berbanding sistem pertumbuhan biofilem dan penjerapan GAC dalam SBBR tanpa penambahan inokulum dan juga sistem pertumbuhan terampai. Secara puratanya, peratus penyingkiran COD, kekeruhan, NH3-N, PO43-P, SS, dan warna untuk sistem pertumbuhan biofilem dan penjerapan GAC dalam SBBR dengan penambahan inokulum adalah masing-masing sebanyak 95, 95, 86, 60, 92, dan 82%. Hasil kajian objektif kedua menunjukkan bahawa sistem MM-SBBR yang merawat air sisa sintetik telah menyingkirkan PCP, COD dan NH3-N secara paling efektif dengan peratusan penyingkiran masing-masing dalam julat 95- 99, 93-99 dan 92-100%. Kinetik penyingkiran PCP dalam sistem MM-SBBR mempunyai padanan terbaik dengan model Singh. Hasil kajian objektif ketiga menunjukkan bahawa filum yang berketahanan tinggi terhadap PCP terdiri daripada tiga filum utama iaitu Proteobakteria (71%; 15 spesies), Firmicutes (24%; 5 spesies), dan Spirochaetes (5%; 1 spesies). Hasil kajian objektif keempat menunjukkan bahawa HRT dan AR mempunyai peranan yang tersendiri dalam proses rawatan efluen kertas melalui sistem loji pandu MM-SBBR dalam mod aliran selanjar. HRT menunjukkan kesan yang ketara untuk penyingkiran COD. Sebaliknya, AR menunjukkan kesan yang ketara untuk penyingkiran NH3-N. Bagi penyingkiran AOX, trend peningkatan penyingkiran dapat diperhatikan apabila HRT dan AR ditingkatkan. Secara kesimpulannya, sistem MM-SBBR adalah sistem gabungan yang berpotensi untuk rawatan air sisa berdasarkan kecekapan prestasi dan kestabilan proses. Oleh sebab itu, sistem gabungan ini disyorkan untuk rawatan efluen kilang kertas dan pulpa.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Penyingkiran bahan cemar | - |
dc.subject | Air sisa industri | - |
dc.subject | Kertas kitar semula | - |
dc.subject | Biofilem | - |
dc.subject | Penjerapan | - |
dc.title | Penyingkiran bahan cemar (COD, NH3-N dan AOX) dalam air sisa industri kertas kitar semula melalui gabungan proses penjerapan dan biofilem | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 310 | - |
dc.identifier.barcode | 005752(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123565+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.