Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487079
Title: Ergonomik alatan dan kesesuaiannya terhadap penerimagunaan teknovasi dalam kalangan pekerja ladang kelapa sawit
Authors: Nur Syazwani Mohd Nawi (P64823)
Supervisor: Baba Md Deros, Prof. Dr.
Keywords: Human engineering
Labor productivity
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Aug-2017
Description: Sehingga kini, banyak inovasi teknologi (teknovasi) telah dicipta dan dimajukan. Walau bagaimanapun, penggunaan hasil teknovasi masih menghadapi pelbagai cabaran termasuk penolakan penggunaannya. Di Malaysia, terutamanya di dalam industri kelapa sawit masalah penerimagunaan teknovasi ini amat kritikal. Banyak alatan teknovasi untuk industri kelapa sawit telah dihasilkan, namun tahap penggunaannya di ladang-ladang kelapa sawit masih rendah. Biasanya, pekerja dalam industri ini lebih gemar untuk menggunakan alatan manual. Masalah ini perlu di atasi segera bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam industri kelapa sawit diperingkat dunia. Kajian ini telah dibuat dengan mengintegrasikan model Teori Terima dan Guna Teknologi (UTAUT) dan Model Kesesuaian Tugas-Teknologi (TTF). Selain daripada pengintegrasian dua model kukuh, kajian ini turut menambah konstruk baharu iaitu kesan alatan ergonomik untuk mengkaji kesan penggunaan alatan teknovasi. Empat objektif utama kajian ini ialah: untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dapat menjelaskan penerimagunaan teknovasi; menyiasat menguji kesan kesesuaian tugas-teknologi ke atas penerimagunaan teknovasi; menguji kesan alatan ergonomik ke atas penerimagunaan teknovasi dan membangun dan menentusahkan pelan tindakan penerimagunaan teknovasi. Kajian telah dimulai dengan menjalankan aktiviti pemerhatian terhadap pekerja di ladang kelapa sawit, diikuti dengan kajian literatur, pembangunan kerangka dan hipotesis kajian, pembangunan borang kaji selidik rintis, menjalankan ujian kebolehpercayaan, kebolehgunaan dan kesahan kandungan borang kaji selidik. Penilaian dan komen pakar dalam bidang juga turut dilakukan. Setelah itu, sebanyak 200 set borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pekerja ladang kelapa sawit yang menggunakan alatan teknovasi semasa mereka bekerja. Daripada jumlah tersebut, hanya 126 set (63%) borang soal selidik lengkap telah dikembalikan dan boleh digunapakai untuk proses analisa kajian. Di dalam kajian ini, dua teknik analisis data telah digunakan iaitu Partial Least Square (PLS) dan Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk menguji model pengukuran reflektif, model struktural, korelasi dan regresi. Hasil analisis menunjukkan penggunaan teknovasi oleh pekerja ladang kelapa sawit sangat dipengaruhi oleh faktor jangkaan prestasi, pengaruh sosial dan keadaan yang membantu. Hanya jangkaan usaha (R=0.015) menunjukkan hubungan tidak signifikan terhadap penggunaan teknovasi. Manakala hubungan di antara kesan kesesuaian tugas-teknologi dan penggunaan juga menunjukkan signifikan. Kesan alatan ergonomik pula menunjukkan bahagian belakang badan mempunyai peratusan tertinggi tahap kesakitan (11.1%) dan kekerapan kesakitan (15.9%). Masalah ini berpunca daripada ergonomik alatan dan postur kerja semasa menggunakan alatan teknovasi. Pemerhatian secara langsung dan temuramah separa berstruktur turut dijalankan untuk membuat penentusahan pelan tindakan penerimagunaan teknovasi yang telah dibangunkan. Dapatan kajian ini memberi beberapa implikasi kepada perkembangan teori, metodologi dan praktikal yang dapat membantu pihak industri untuk lebih memahami isu dan situasi sebenar berkaitan penggunaan teknovasi di ladang kelapa sawit di Malaysia.,Ph.D.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 274
Call Number: TA166.N847 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122279+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
36.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.