Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487046
Title: Kemahiran profesional dalam kalangan jurutera mekanikal
Authors: W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail (P85831)
Supervisor: Noraini Hamzah, Dr.
Keywords: Mechanical engineering -- Vocational guidance
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-May-2018
Description: Dewasa ini, pelbagai pihak tampil membicarakan tentang Kemahiran Profesional (KP) melibatkan Kemahiran Generik (KG) dan Kemahiran Insaniah (KI). Kedua-dua isu ini hanya dikupas secara luaran tanpa sebarang kajian khusus dilakukan dan ini menyebabkan pemfokusan tidak dapat diterjemahkan dengan sebaik mungkin mengikut keperluan semasa dan pengkhususan bidang pengajian. Berdasarkan kepada hasil pembelajaran program, pelajar kejuruteraan seharusnya menguasai kemahiran, pengetahuan dan sikap melalui program yang ditawarkan. Tujuan kajian dijalankan untuk melihat sejauh mana elemen yang terkandung dalam Model KG dan KI diperlukan dalam kalangan Tenaga Kerja Jurutera Mekanikal. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, kajian dijalankan menggunakan kaedah QUAN-qual. Industri dan organisasi yang menjalankan kerja-kerja Kejuruteraan Mekanikal secara aktif di seluruh Semenanjung Malaysia telah dijadikan kawasan kajian. Dalam kajian ini, seramai 300 responden terlibat yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran, Jurutera Kanan dan Jurutera Mekanikal. Data diproses menggunakan perisian XL-Stat 2014 melalui Analisis Diskriminan (DA) dan Ujian Wilk's Lambda (Anggaran Rao). Hasil kajian menunjukkan, kesemua elemen yang terkandung dalam KG dan KI menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja Jurutera Mekanikal dan berada pada tahap keperluan sangat tinggi. Peratusan keseluruhan untuk elemen KG sebanyak 93.57% manakala KI 90.74%. Namun, perbezaan peratusan tahap keperluan masih kelihatan antara satu elemen dengan yang lain. Elemen KG didominasi oleh Sikap (96.72%), Kemahiran (92.11%) dan Pengetahuan (91.87%). Manakala elemen KI didahului oleh Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (94.89%), Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (93.57%), Etika dan Moral Profesional (92.66%), Kerja Berpasukan (91.73%), Komunikasi (90.50%), Kepimpinan (88.50%) dan Keusahawanan (83.34%). Perbezaan kedudukan tahap keperluan KP yang terhasil menjadi panduan kepada individu yang berminat dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Hasil kajian melibatkan elemen yang diperlukan oleh pihak industri terhadap graduan dalam bidang ini, ditafsirkan dengan jelas ke dalam ekerangka semakan yang dihasilkan untuk rujukan pelajar seawal tingkatan tiga. Sumbangan ini khusus untuk membantu pelajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal mempersiapkan diri mereka dengan KG dan KI di samping keperluan teras melibatkan ilmu pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal itu sendiri.,Ph.D.
Pages: 305
Call Number: TJ157.W645 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121153+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.