Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487022
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDzuraidah Abd Wahab, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNurhasyimah Abd Aziz (P77929)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:41Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:41Z-
dc.date.issued2019-05-24-
dc.identifier.otherukmvital:120944-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487022-
dc.descriptionProses pemulihan yang berkesan terhadap kenderaan akhir hayat adalah perlu bagi mengurangkan impaknya terhadap alam sekitar. Strategi Reka Bentuk untuk Kebolehnaiktarafan (DfU) pada peringkat pembangunan reka bentuk produk dapat membantu melanjutkan jangka hayat suatu produk dan sekaligus meningkatkan keupayaan produk untuk dipulihkan melalui pembuatan semula. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan model penaiktarafan parametrik pada angkup brek. Penaiktarafan parametrik yang kurang dilaksanakan kerana memerlukan analisis yang lebih rumit dan terperinci berbanding penaiktarafan berfungsi. Oleh itu, pelan penaiktarafan dibangunkan untuk mengkaji dengan lebih lanjut prestasi komponen, di mana perkaitan antara parameter fungsi (daya kilas) dengan parameter reka bentuk dipertimbangkan bagi membentuk alternatif penyelesaian reka bentuk angkup brek. Alternatif reka bentuk yang dicadangkan adalah terdiri daripada tiga penyelesaian, iaitu penukaran cakera brek (Alternatif 1), penukaran pad brek (Alternatif 2) dan penukaran kedua-dua komponen tersebut (Alternatif 3). Penilaian awal dibuat untuk menentukan kriteria yang penting untuk dipertimbangkan dalam pemilihan alternatif terbaik. Kesemua kriteria ditentukan melalui temubual bersama pakar dalam bidang penservisan dan pembaikan komponen angkup brek serta carian melalui kajian kepustakaan. Kriteria tersebut dikelaskan kepada tiga aspek utama iaitu aspek metrik kejuruteraan, aspek kebolehgunaan semula komponen dan aspek senibina komponen. Setelah pengelasan kriteria dilakukan, penilaian dan analisis dibuat menggunakan alat pembuat keputusan iaitu proses hirarki analisis kabur (FAHP). FAHP dipilih kerana kebolehannya menilai data kualitatif dan kuantitatif dengan lebih tepat dan terperinci berbanding menggunakan proses analisis hirarki (AHP). Skala penilaian yang digunakan adalah pembolehubah linguistik iaitu Nombor Kabur Segitiga (Triangular Fuzzy Number) dan penilaian responden melalui perbandingan cara berpasangan dibuat untuk memperoleh nilai pemberat bagi setiap kriteria dan alternatif tersebut. Dua kaedah FAHP iaitu Kaedah Min Geometrik Kabur dan Kaedah Analisis Lanjutan Kabur digunakan untuk membandingkan nilai pemberat dan skor keutamaan yang diperoleh. Keputusan akhir mendapati Alternatif 3 mempunyai skor keutamaan tertinggi iaitu 0.63 berbanding Alternatif 1 (0.18) dan Alternatif 2 (0.19) yang diperoleh berdasarkan Kaedah Min Geometrik Kabur. Pengesahan ketepatan keputusan menggunakan analisis sensitiviti menunjukkan keteguhan kedudukan Alternatif 3 sebagai alternatif pilihan walaupun Alternatif 1 dan 2 masing-masing dikenakan perubahan nilai minimum pada setiap nilai pemberat bagi tiga aspek utama. Model seterusnya ditentusahkan dan ditambahbaik berdasarkan maklumbalas dari panel pakar. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah berjaya membangunkan satu model DfU bagi angkup brek dengan mempertimbangkan penaiktarafan parametrik melibatkan prestasi menggunakan alat pembuat keputusan FAHP. Model ini berupaya membantu pereka bentuk di industri automotif dan pembuatan semula untuk melaksanakan strategi yang lebih sistematik bagi pembuatan semula komponen angkup brek.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAutomobiles -- Design and construction-
dc.subjectProduct life cycle-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleModel reka bentuk untuk kebolehnaiktarafan berasaskan proses hirarki analisis kabur bagi komponen automotif untuk pelanjutan kitar hayat-
dc.typeTheses-
dc.format.pages196-
dc.identifier.callnoTL240.N837 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005411(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120944+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.