Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487007
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorhana Arsad, Prof. Madya Ir. Dr.
dc.contributor.authorNur Hazliza Ariffin (P83955)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:28Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:28Z-
dc.date.issued2019-06-13
dc.identifier.otherukmvital:120692
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487007-
dc.descriptionKeupayaan menentukan ketepatan arah utara benar adalah sangat penting dalam penentuan arah haluan kenderaan darat, laut, udara termasuk dijadikan sebagai titik rujukan dalam penentuan arah Kiblat. Terdapat pelbagai kaedah sedia ada yang telah diperkenalkan untuk mengesan utara dan maklumat geografi seperti; kompas, elektronik magnetometer, inersia giroskop kompas, kompas magnet digital, teodolit dan Sistem Penentududukan Global (GPS). Giroskop jenis cincin laser berkemampuan tinggi untuk mengesan dan memberi arah secara tepat, namun mempunyai kekangan dari segi kosnya yang terlalu tinggi dan bersaiz besar. Bacaan yang diambil menerusi kompas magnetik pula mudah dipengaruhi oleh isyarat elektromagnetik manakala GPS tidak dapat bekerja secara tepat sekiranya digunakan di dalam bangunan atau di tempat yang menghalang arah satelit di angkasa. Teodolit merupakan peralatan yang digunakan untuk aplikasi pengukuran sudut termasuk penentuan arah utara benar dalam penentuan arah Kiblat. Walau bagaimanapun, teknik memindahkan titik demi titik dari luar lapangan ke dalam bangunan menggunakan teodolit memerlukan tenaga pakar dan melibatkan proses yang rumit. Oleh itu, Pembangunan Sistem Penentuan Arah Kiblat Berasaskan Utara Benar dikaji bagi mengatasi kekangan pada peralatan yang telah sedia ada. Sistem ini terbahagi kepada modul di luar dan di dalam bangunan. Modul luar bangunan merangkumi sistem GPS bagi mengesan lokasi dan maklumat lokasi yang dihantar ke dalam bangunan melalui medium teknologi komunikasi tanpa wayar pada gelombang frekuensi radio 433MHz. Data lokasi koordinat dinyahkod ke dalam format yang difahami oleh pengguna dan diproses menggunakan formula kiblat vektor algebra untuk menjana sudut kiblat. Penderia sistem mikro-elektro-mekanikal (MEMS) giroskop dan meter pecut pula berada di dalam bangunan di mana kedua-dua pengesan tersebut diletakkan pada posisi mendatar di atas laser yang berputar menggunakan motor pelangkah yang dikawal dalam mod putaran mikro untuk mengumpul data keluaran dari penderia. Data yang diperolehi dari MEMS tersebut akan disatukan menggunakan teknik penapis laluan rendah dan tinggi. Seterusnya, proses mengukur dan mengkaji magnitud kadar putaran bumi untuk penentuan arah utara benar ditentukan menerusi pengumpulan data. Arah utara benar yang diperolehi dijadikan titik rujukan untuk menggerakkan laser menghala ke arah sudut kiblat. Sistem ini telah terbukti ketepatannya menerusi penapis laluan rendah dan tinggi dengan nilai pekali 0.954. Penentukuran dijalankan pada motor pelangkah menggunakan pengautokolimat dan putarannya ditentusahkan pada sudut 0.1125� untuk setiap langkah. Teknologi komunikasi tanpa wayar yang digunakan menerusi gelombang frekuensi radio RFBee 433MHz didapati mencapai kemampuan jarak maksima pada 600 meter untuk menghantar data lokasi di luar bangunan manakala di dalam bangunan pula adalah dalam jarak 73.7 meter. Keputusan ujian lapangan membuktikan bahawa sistem yang dibangunkan memperolehi selisih ralat �7�� 06�� berbanding utara benar dan arah kiblat yang ditentusahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Keseluruhan proses penentuan utara benar dan kiblat menggunakan sistem ini memakan masa kurang daripada 30 minit berbanding dengan kaedah dan peralatan sedia ada yang lazimnya menggunakan lebih dari 2 jam.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectGlobal Positioning System
dc.subjectQiblah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan sistem penentuan arah kiblat berasaskan utara benar
dc.typeTheses
dc.format.pages160
dc.identifier.callnoG109.5.N837 2019 3 tesis
dc.identifier.barcode005374(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120692+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
592.63 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.