Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487005
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBaba Md Deros, Prof. Dr.
dc.contributor.authorShukriah Abdullah (P78501)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:27Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:27Z-
dc.date.issued2019-05-10
dc.identifier.otherukmvital:120688
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487005-
dc.descriptionPekerja bengkel penyenggaraan kenderaan terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan dan kesihatan seperti posisi kerja janggal, penggunaan peralatan yang tidak ergonomik, persekitaran kerja yang panas, bising dan juga psiko-sosial yang kurang baik. Kecederaan dan risiko Penyakit Otot Rangka (POR) yang kerap berlaku seperti terseliuh, ketegangan, lebam dan luka boleh mempengaruhi pergerakan badan manusia. Di Malaysia 87.4% pekerja penyenggaraan kenderaan mengalami kecederaan dan ganguan otot rangka. Punca utama risiko POR ialah beban kerja fizikal yang menyebabkan ketidakselesaan atau sakit yang berterusan pada sendi, otot, tendon dan tisu. Objektif utama kajian ialah untuk mengenalpasti kelaziman, corak dan tahap keterukan POR, tekanan kerja, menilai kesan aktiviti otot dan membangunkan kaedah pencegahan untuk mengurangkan risiko risiko POR dikalangan pekerja bengkel kenderaan. Data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan kaedah penilaian subjektif dan objektif. Kaedah penilaian subjektif menggunakan borang soal selidik Nordic dan borang penilaian cepat seluruh anggota badan (Rapid Entire Body Assessment, REBA). Manakala, penilaian objektif dijalankan dengan menggunakan alat elektromiografi permukaan (sEMG). Kajian lapangan telah dijalankan di 20 buah bengkel membaiki kenderaan dan melibatkan 150 orang pekerja penyenggaraan kereta penumpang, pacuan empat roda dan juga bas. Data kaji selidik menunjukkan lebih daripada 69% pekerja bengkel penyenggaraan yang bertugas untuk menyenggara kereta penumpang, 81.55% kenderaan pacuan empat roda dan 83.11% bas mengalami masalah risiko POR. Tekanan kerja yang berkaitan dengan psiko-sosial menunjukkan terdapat hubungan langsung berkaitan faktor: majikan dan rakan sekerja, permintaan psikologi, jangkaan pekerjaan dan juga tugasan kerja (p<0.05). Keputusan REBA daripada 10 posisi kerja rutin harian penyenggaraan kenderaan mendapat skor >7. Pekerja penyenggaraan kenderaan tidak mempunyai tatacara kerja yang betul semasa menyelenggara, penjelasan tugas yang tidak lengkap, beban kerja fizikal yang berat, pengendalian beban manual, posisi kerja yang janggal dan kelengkapan sokongan yang tidak mencukupi merupakan puncapunca masalah yang menyumbang kepada berlakunya POR. Berdasarkan penilaian sEMG penggunaan peralatan tangan, aktiviti otot dilihat meningkat dengan ketara apabila menggunakan pemutar skru yang berdiameter kecil (10.59μ), berbanding diameter yang tebal (4.24μ). Rangka kerja konsep dibentuk daripada faktor-faktor hubungkait kepada risiko POR. Kesimpulannya kaedah pencegahan yang dibangunkan melibatkan faktor-faktor yang mempengaruhi iaitu tugas kerja, penggunaan peralatan, risiko ergonomik, sosial dan juga jenis kenderaan yang diselenggara yang melalui fisiologi melibatkan simptom, tindak balas dan juga adaptasi serta pengaruh aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja. Dapatan kajian dapat memberi implikasi terhadap permahaman teori, praktikal, budaya kerja dan juga sifat asal pekerja penyenggaraan kenderaan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectHuman engineering
dc.subjectIndustrial safety
dc.subjectMusculoskeletal diseases
dc.subjectJob stress
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan kaedah mengurangkan risiko penyakit otot rangka di kalangan pekerja penyenggaraan kenderaan
dc.typeTheses
dc.format.pages222
dc.identifier.callnoTA166.S378 2019 3 tesis
dc.identifier.barcode005370(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120688+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
582.31 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.