Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486942
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Hamidon Wan Badaruzzaman, Prof. Dato' Ir. Dr. | |
dc.contributor.author | Masni A Majid (P45955) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:26:47Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:26:47Z | - |
dc.date.issued | 2018-06-28 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117905 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486942 | - |
dc.description | Sistem Dinding Kepingan Keluli Berprofil Papan Kering (PSSDB) merupakan elemen struktur yang terdiri daripada kepingan keluli berprofil yang dicantumkan dengan papan kering menggunakan skru gerudi ulir sendiri. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kekuatan dan kelakuan struktur sistem dinding PSSDB terhadap beban paksi. Pengaruh dan kesan kepelbagaian komponen-komponen sistem dinding PSSDB seperti jenis dan ketebalan kepingan keluli berprofil, bilangan lapisan papan kering, ketebalan papan kering dan kelangsingan dinding terhadap kekuatan dan kelakuan dinding PSSDB. Untuk mencapai objektif ini, 4 kumpulan panel dinding PSSDB telah dibangunkan dengan setiap kumpulan mengandungi 3 spesimen. Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 merupakan panel dinding PSSDB yang dibangunkan menggunakan dua lapisan papan kering PRIMAflex dan masing-masing satu keping kepingan keluli berprofil PEVA45 dan Cliplock660 di bahagian teras dalam. Kumpulan 3 dan Kumpulan 4 pula merupakan spesimen panel dinding PSSDB yang terdiri daripada satu lapisan papan kering PRIMAflex dan masing-masing satu kepingan keluli berprofil PEVA45 dan Cliplock660. Keputusan ujikaji makmal membuktikan panel dinding PSSDB merupakan elemen struktur yang sangat kuat dan mampu menanggung beban paksi sehingga 1273 kN (1043 kN/m) bagi Kumpulan 1 dan 466 kN (382 kN/m) bagi Kumpulan 2. Ini menunjukkan spesimen panel dinding yang dibangunkan daripada kepingan keluli berprofil PEVA45 adalah lebih kuat dan mampu menanggung 63% lebih tinggi beban paksi daripada spesimen menggunakan Cliplock660. Ini menunjukkan tebal, bentuk profil dan kedalaman profil sangat mempengaruhi kekuatan dan keupayaan spesimen terhadap beban paksi. Keputusan ujikaji makmal juga menunjukkan bilangan lapisan papan kering PRIMAflex turut mempengaruhi keupayaan terhadap beban paksi. Spesimen yang mempunyai dua lapisan papan kering mampu menanggung beban paksi 26% lebih tinggi berbanding spesimen dengan satu lapisan papan kering. Untuk mengesahkan keputusan ujikaji makmal terhadap spesimen, model-model analisis unsur terhingga telah dibangunkan menggunakan perisian ABAQUS/CAE. Empat model berangka dihasilkan untuk meramal dan mensimulasikan kekuatan dan kelakuan model panel dinding PSSDB terhadap beban paksi. Keputusan simulasi dan analisis unsur terhingga terhadap modelmodel yang dibangunkan menunjukkan model-model yang ini mampu untuk meramalkan kekuatan dan kelakuan panel dinding PSSDB dengan nilai ketepatan yang munasabah iaitu kurang 10% sisihan. Seterusnya, model-model analisis unsur terhingga yang sah ini digunakan sebagai model rujukan untuk kajian parametrik terhadap beberapa beberapa parameter terpilih untuk kajian lanjutan kelakuan panel dinding PSSDB. Sebanyak 20 model analisis unsur terhingga telah dianalisis untuk mengkaji kesan ketebalan kepingan keluli berprofil, tebal papan kering, ketinggian dan kelangsingan panel, kesan bukaan pintu dan tingkap terhadap kekuatan dan keupayaan panel dinding PSSDB. Keputusan kajian parametrik menunjukkan parameter-parameter yang dipilih telah menunjukkan kesan yang signifikan terhadap kekuatan dan kelakuan panel dinding PSSDB terhadap beban paksi.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Steel | |
dc.subject | structural | |
dc.subject | Wall panels -- Testing | |
dc.subject | Composite materials | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Kekuatan dan kelakuan struktur sistem dinding kepingan keluli berprofil papan kering terhadap beban paksi | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 214 | |
dc.identifier.callno | TA418.9.C6M327 2018 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004014(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117905+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.