Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486911
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahbudin Shaari, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Muchlis Abdul Muthalib (P44209) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:26:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:26:29Z | - |
dc.date.issued | 2018-05-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:101370 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486911 | - |
dc.description | Kini teknologi gentian optik telah digunakan dalam hampir semua jaringan telekomunikasi yang ada. Faktor utama adalah kerana teknologi ini mampu menawarkan lebar jalur atau kadar pemindahan data yang tinggi sama ada untuk hubungan jauh, jaringan metro, jaringan capaian hinggalah ke jaringan-jaringan FTTH. Pemultipleksan pembahagian panjang gelombang kasar (CWDM) adalah satu teknik pemultipleksan pelbagai isyarat panjang gelombang melalui satu gentian optik. Teknik ini adalah berbeza daripada teknologi pemultipleksan panjang gelombang tumpat (DWDM) dimana pisahan antara panjang gelombang yang bersebelahan adalah 20 nm. Pada masing-masing panjang gelombang dengan lapan belas panjang gelombang yang membawa isyarat TDM pada kadar bit tersendiri akan di multipleks lalu di hantar sejauh 20 hingga 100 km melalui seutas gentian optik sebelum mereka didemultipleks semula lalu diagihkan kepada pengguna-pengguna di ujung talian berkenaan. Oleh kerana sistem CWDM ini beroperasi pada julat spektrum yang besar, iaitu dari 1270nm hingga 1610nm, maka masalah pengecilan isyarat yang tidak sekata antara pelbagai saluran tersebut adalah merupakan satu masalah yang utama. Penguat optik EDFA yang cuma mampu beroperasi pada jalur C+L (1525-1625 nm) sahaja tidak dapat berperan sepenuhnya. Begitu juga dengan penguat-penguat SOA yang kebanyakannya beroperasi di sekitar jalur-S tidak mampu menyelesaikan masalah ini sendirian. Hibrid SOA-EDFA adalah merupakan satu kaedah pilihan. Oleh kerana SOA dan EDFA umumnya adalah tak linear di tambah dengan lebar jalur SOA yang kecil, tentunya gandaan dari kombinasi kedua-dua amplifier ini amat sukar diramalkan. Dari segi kelebihan, terdapat berbagai SOA yang bekerja pada pelbagai jalur panjang gelombang yang ada. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sifat-sifat penguatan penguat optik hybrid SOA+EDFA dalam berbagai konfigurasi dalam rangkaian CWDM lapan saluran. Kajian ini adalah berbentuk eksperimen dan simulasi. Kajian simulasi menggunakan perisian Optisystem versi 9. Pelbagai kombinasi SOA+EDFA sama ada sebagai pos-amplifier, pre-amplifier atau pun amplifier di pertengahan talian. Telah dikaji secara eksperimen, 8 saluran CWDM iaitu 1470nm, 1490nm, 1510nm, 1530nm, 1550nm, 1570nm, 1590nm dan 1610nm telah digunakan. Untuk kajian eksperimental penguat SOA beroperasi dalam jalur S (ƒo = 1490nm) dan EDFA beroperasi dalam jalur C (ƒo = 1550nm). Untuk kajian secara simulasi, penguat SOA dianggap beroperasi dalam jalur S dan L dan EDFA beroperasi dalam jalur C. Pelbagai konfigurasi hibrid dilakukan SOA-EDFA, EDFA-SOA, SOA-EDFA-SOA dan konfigurasi kaskad SOA-EDFA-EDFA telah dikaji secara simulasi. Pencapaian hasil gandaan dari kombinasi pra-penguat yang secara simulasi mencapai hasil gandaan dengan jarak penghantaran 85 km dengan titik puncak gandaan 18 dB lebar jalur 80 nm bermula panjang gelombang 1470 nm sampai 1550 nm yang berpusat pada kawasan S dan C band. Sedangkan hasil gandaan dengan kaedah ekperimen tidak jauh berbeza dengan hasil gandaan kaedah simulasi dimana pencapaian hasil gandaan 10 dB dengan jarak tempuh penghantaran kira-kira 81 km dengan lebar jalur gandaan mencapai 100 nm merangkumi panjang gelombang 1470 nm sehingga 1570 nm. Kesimpulannya, penguat optik pra-penguat merupakan konfigurasi yang menghasilkan pencirian gandaan lebih baik berbanding dengan konfigurasi lainnya dan sesuai pada area perkotaan atau jaringan metro.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Gentian optik | |
dc.subject | Fiber optics | |
dc.title | Peningkatan prestasi sistem CWDM 8 saluran masukan menggunakan penguat optik hibrid SOA/EDFA | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 128 | |
dc.identifier.callno | QC448.M853 2018 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003479(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101370+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.