Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486907
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Dzuraidah Abd Wahab, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Go Tze Fong (P72665) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:26:26Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:26:26Z | - |
dc.date.issued | 2018-05-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:101367 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486907 | - |
dc.description | Pengurangan kesan negatif produk yang ketara terhadap alam sekitar boleh dicapai melalui strategi pemulihan akhir hayat seperti pembuatan semula kerana strategi tersebut berupaya melanjutkan jangka hayat produk. Oleh itu, strategi pemulihan akhir hayat perlu dipertimbangkan ketika proses reka bentuk, bukannya pada akhir hayat produk. Strategi ini perlu disokong oleh kaedah dan garis panduan reka bentuk yang dapat memastikan kelestarian alam sekitar. Namun, ketiadaan piawai yang sedia ada untuk perancangan kitar hayat produk dan kesukaran dalam penentuan keutamaan keperluan reka bentuk yang saling bercanggah adalah antara cabaran utama yang dihadapi oleh pereka bentuk. Bagi menangani masalah ini, satu kajian tentang konsep Reka Bentuk untuk Kitar Hayat Berbilang (DFMLC) dicadangkan. Objektif kajian ini adalah membangunkan satu model DFMLC untuk menilai parameter produk kitar hayat berbilang (MLCP) pada peringkat awal reka bentuk. Model tersebut mengambil kira garis panduan dan strategi reka bentuk yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu produk melalui penggabungan ciri-ciri yang membolehkan pemanjangan hayat perkhidmatan produk pada peringkat reka bentuk. Parameter MLCP yang diperlukan dikenal pasti melalui kajian kepustakaan yang meluas dan ditentusahkan dengan temubual yang melibatkan pakar dari industri dan soal selidik yang melibatkan penyelidik akademik. Kaedah penilaian strategi reka bentuk untuk MLCP dalam kajian ini adalah berdasarkan Proses Hierarki Analisis (AHP). Dua matriks pemetaan garis panduan reka bentuk dan strategi reka bentuk berkenaan dengan parameter MLCP yang dicadangkan untuk model AHP terubahsuai telah dibangunkan dalam kajian ini. Satu set skala kepentingan relatif yang diubahsuai dijanakan berdasarkan dua matriks pemetaan tersebut untuk menilai perbandingan secara berpasangan. Maka, AHP terubahsuai ini memperkenalkan satu kaedah yang mudah dan berkesan bagi menilai kepentingan parameter MLCP bagi penjanaan matriks perbandingan secara berpasangan. Dengan menggunakan dua produk sebagai percontohan kes iaitu enjin automotif dan mesin banting, didapati bahawa kebolehnyahpasangan (>21%) adalah unsur reka bentuk yang paling penting, diikuti dengan kebolehkhidmatan (>20%) dan kebolehpasangan semula (>12%). Satu alat sokongan DFMLC telah dibangunkan dengan perisian Matlab R2013a untuk analisis pemberat parameter MLCP menggunakan model AHP terubahsuai yang dicadangkan ketika peringkat awal reka bentuk. Pengesahan ketepatan model tersebut ditentusahkan oleh pakar bidang bagi tujuan ujian penerimaan pengguna pada alat sokongan yang dibangunkan. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah berjaya membangunkan satu pendekatan bagi penghasilan reka bentuk untuk produk kitar hayat berbilang dengan mempertimbangkan keperluan unsur reka bentuk MLCP menggunakan model AHP terubahsuai. Secara umumnya, pendekatan reka bentuk ini berupaya menbangunkan produk yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Reka bentuk produk | |
dc.subject | Product life cycle | |
dc.title | Model bagi merekabentuk produk untuk kitar hayat berbilang menggunakan proses hierarki analisis terubahsuai | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 216 | |
dc.identifier.callno | HF5415.155G638 2018 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003440(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101367+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.