Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486818
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAdi Irfan Che Ani, Prof. Madya Sr. Dr.
dc.contributor.authorNoraziah Mohammad (P45958)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:25:45Z-
dc.date.available2023-10-11T02:25:45Z-
dc.date.issued2017-11-08
dc.identifier.otherukmvital:86178
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486818-
dc.descriptionPerubahan kerja adalah merujuk kepada sebarang pengubahsuaian daripada skop, pelan, spesifikasi atau dokumen kontrak di dalam projek pembinaan. Perubahan kerja ini adalah masalah yang sering berlaku di dalam projek-projek pembinaan di Malaysia. Perubahan kerja ini tidak dapat dielakkan dalam mana-mana projek pembinaan dan masalah ini boleh menjadi lebih serius apabila perubahan kerja menyebabkan kemajuan kerja terjejas dan berlakunya bertambahan masa dan kos daripada nilai asal projek dan seterusnya memberikan kesan yang negatif ke atas industri pembinaan di Malaysia. Oleh yang demikian, penyelidikan ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif yang telah ditetapkan. Objektif penyelidikan adalah mengenalpasti punca-punca berlakunya perubahan kerja di dalam projek pembinaan perumahan rumah teres di negeri Selangor, mengenalpasti kesan-kesan perubahan kerja di dalam projek pembinaan perumahan rumah teres di negeri Selangor dan juga membangunkan model ramalan untuk mengurangkan pertambahan perubahan kerja di dalam projek pembinaan perumahan teres di negeri Selangor. Penyelidikan ini melibatkan projek pembinaan perumahan rumah teres dengan kos pembinaan yang melebihi RM 4 juta, menggunakan kaedah tradisional dalam melaksanakan projek dan melibatkan 61 projek. Kajian kes dijalankan dengan mengkaji dokumen-dokumen yang berkaitan dengan projek yang terlibat yang dikeluarkan oleh perunding-perunding pembinaan seperti Akaun Muktamad Projek, Notis Arahan Perubahaan Kerja, Lapuran Kemajuan Projek dan Dokumen Kontrak Binaan. Manakala analisis statistik inferensi digunakan untuk menganalisasi data yang diperolehi di mana ujian Korelasi Pearson dan Regresi Garis Lurus Gandaan digunakan untuk pembentukan model. Analisis Regresi Garis Lurus gandaan dilakukan kepada bagi menghasilkan model ramalan kos dan juga masa yang lebih bertepatan dengan data tersebut. Hasil dari kajian ini mendapati terdapat empat punca utama perubahan kerja disebabkan oleh perubahan skop oleh pihak klien, penggantian bahan oleh pihak klien, perubahan spesifikasi oleh pihak klien dan juga perubahan reka bentuk oleh pihak perunding. Sementara itu kesan utama perubahaan kerja ialah berlakunya pertambahan masa dan kos di dalam projek pembinaan. Kajian ini juga mendapati bahawa pihak klien adalah penyumbang utama kepada pertambahan perubahan kerja dalam pembinaan projek perumahaan teres di negeri Selangor. Di samping itu dua model perubahan kerja telah dibangunkan adalah model ramalan kos dan masa projek. Kajian ini mencadangkan bahawa pihak klien perlu mempunyai perancangan yang mencukupi sebelum memulakan projek pembinaan seperti menyediakan secara terperinci kehendak-kehendak projek dari segi penggunaan ruang yang diperlukan, pemilihan bahan binaan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan projek pembinaan hendaklah dikenalpasti semasa fasa reka bentuk. Ini dapat mengelak berlakunya perubahan kerja semasa peringkat pembinaan di masa akan datang.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectProjek pembinaan
dc.subjectPerumahan
dc.subjectRumah teres
dc.subjectModel ramalan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePembangunan model ramalan untuk perubahan kerja di dalam projek pembinaan perumahan: kajian kes projek perumahan teres di negeri Selangor Darul Ehsan
dc.typeTheses
dc.format.pages265
dc.identifier.barcode002694(2017)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_86178+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.