Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486799
Title: Pembangunan satu sistem bangunan berindustri (IBS) - lantai pasang siap sistem kepingan keluli berprofil papan kering
Authors: Norhaiza Nordin (P35250)
Supervisor: Wan Hamidon Wan Badaruzzaman, Prof. Ir. Dr. Hj.
Keywords: Lantai pasang siap
Kepingan keluli berprofil papan kering
Reinforced concrete construction
Issue Date: 14-Apr-2014
Description: Sistem Kepingan Keluli Berprofil Papan Kering atau Profiled Steel Sheeting Dry Board System (PSSDB) sebelum ini terdiri daripada komponen-komponennya, iaitu kepingan keluli berprofil, papan kering dan skru penyambung, yang dibawa secara berasingan ke tapak sebelum disusun dan dipasang bersama untuk membentuk unit-unit struktur di dalam sesebuah bangunan. Namun, untuk memenuhi keperluan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) sepenuhnya, sistem PSSDB perlu dikembangkan menjadi sebuah sistem pasang siap (prefabricated). Matlamat penyelidikan ini adalah untuk membangunkan sistem PSSDB sebagai sistem panel lantai pasang siap yang dipasang di tapak yang memenuhi ciri-ciri pembinaan IBS yang lebih menyeluruh. Objektif kajian pula adalah pertama, membangunkan sistem panel lantai yang lebih kukuh; kedua, menyiasat dan mendapatkan ciri-ciri kekukuhan skru penyambung panel lantai PSSDB; ketiga, membangunkan model unsur terhingga untuk meramalkan kekukuhan dan menghasilkan jadual panduan rekabentuk panel lantai PSSDB dan keempat, membangunkan sistem lantai pasang siap PSSDB secara praktikal. Penyelidikan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ujikaji makmal, permodelan unsur terhingga dan pembinaan kabin bilik darjah. Ujikaji makmal terdiri daripada ujikaji lenturan dan tolak keluar. Keputusan ujikaji lenturan mendapati penggunaan papan kering Cemboard telah menambah kekukuhan dan beban muktamad sebanyak 7.2% dan 9.1% masing-masing, berbanding papan lapis. Penambahan jalur kayu di sisi panel telah menambahkan kekukuhan sebanyak 8.8%. beban muktamad sebanyak 31.7% di samping mengurangkan masalah ketakrataan lantai. Kaedah penyambungan kayu tanggam di antara dua panel yang bersebelahan didapati mampu menanggung lebih banyak beban, iaitu 63.3 % dari panel individu yang diperkukuh dengan jalur kayu dan bertambah sebanyak 77.6% dari panel individu yang tidak diperkukuh. Panel separa selanjar lantai pasang siap PSSDB hanya mempunyai 52 % kekukuhan panel selanjar. Permodelan unsur terhingga penyelidikan terdahulu pula telah ditambah dengan kajian terhadap perbandingan di antara unsur kelompang semiloof dengan kelompang tebal, beban seragam dengan beban garis seragam dan jarak di antara kepingan keluli berprofil dengan papan kering. Hasilnya, perbezaan di antara nilai pesongan tengah ujikaji dengan pesongan model unsur terhingga adalah sebanyak 7.8%. Model yang telah disahkan ini digunakan pula untuk kajian parametrik dan juga meramalkan kekukuhan panel hasil gabungan beberapa komponen baru. Ramalan ini digunakan untuk membangunkan satu jadual beban melawan rentang sebagai garispanduan kepada rekabentuk lantai. Akhirnya sistem lantai pasang siap PSSDB ini diaplikasikan secara praktikal dengan pembinaan dua kabin bilik darjah. Berdasarkan kepada hasil penyelidikan ini, sistem lantai PSSDB dengan berbagai kelebihannya, berpotensi sesuai dan selamat digunakan sebagai lantai pasang siap.,Previously, the Profiled Steel Sheeting Dry Board System (PSSDB) which is made up of its components of profiled steel sheeting, dry boards and screw connectors are brought separately to the site, pre-arranged and fitted together to form units in a building structure. However, to meet the needs of the Industrialised Building System (IBS) in full, the PSSDB system must be developed into a prefabricated system. The goal of this research is to develop the PSSDB system as prefabricated floor panel system installed at site that meets the characteristics of a more comprehensive IBS construction. The objective of this research is firstly; to develop a more robust floor panel system, secondly, to investigate and get the stiffness characteristics of the PSSDB floor panel connector screws; thirdly; to develop a finite element model to predict the stiffness and produce the design guidelines of PSSDB floor panels and lastly; to develop the PSSDB prefabricated floor system practically. This research is divided into three parts, mainly; laboratory testing, finite element modeling and construction of classroom cabins. Laboratory experiments consist of bending and push out tests. Bending experiment shows that the use of Cemboard dry board has increased the stiffness and ultimate load by 7.2 % and 9.1 % respectively compared to that of plywood. The addition of wood strips on the side panel has increased the stiffness by 8.8 %, ultimate load by 31.7 % and reduced the problem of uneven floor surface. Rabbet connection between two adjacent panels has allowed the panel to bear more load, which is 63.3 % of the individual panels reinforced with wooden strips and 77.6 % of unstrengthened individual panels. Semi-continuous prefabricated PSSDB floor panel has only 52% of the continuous panel stiffness. Previous finite element modeling has been expanded by comparing between the semi-loof and thick shell, uniform load and uniform line load and the distance between the profiled steel sheet and the board dry. As a result, the difference between the experimental central deflection and that of the finite element model is 7.8%. This verified model has been used to carry out a parametric study and predict the panel stiffness of a combination of several new components. These predictions are used to develop a load versus span table as a guidance to floor design. Finally, the PSSDB prefabricated floor system is applied to the construction of two classrooms cabin. Based on these findings, PSSDB floor system with its advantages is potentially suitable and safe to be used as prefabricated floor system.,PhD
Pages: 182
Call Number: TH1501.N646 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80158+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.