Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486789
Title: Fitoremediasi Logam Berat Plumbum (PB) Menggunakan Rumput Menderong (Scirpus Grossus)
Authors: Bieby Voijant Tangahu (P44172)
Supervisor: Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Fitoremediasi Logam Berat
Fitoremediasi Logam Berat Plumbum
PB
Fitoremediasi Logam Menggunakan Rumput Menderong
Fitoremediasi Logam Menggunakan Scirpus Grossus
Phytoremediation
Issue Date: 14-Mar-2013
Description: Logam berat plumbum (Pb) banyak ditemui di persekitaran, dan dalam jumlah yang tinggi akan bersifat toksik akut terhadap manusia. Teknologi fitoremediasi dapat digunakan untuk membersihkan kawasan yang tercemar Pb. Objektif penyelidikan ini ialah untuk merawat air sisa yang mengandungi Pb melalui teknologi fitoremediasi. Tahap penyelidikan meliputi ujian fitotoksisiti, pemencilan rizobakteria, ujian fitoremediasi dengan skala loji pandu dan pengoptimuman loji pandu dengan Kaedah Sambutan Permukaan (RSM), dan larian pengesahan keadaan optimum dengan dan tanpa penambahan rizobakteria. Tumbuhan yang digunakan adalah Scirpus grossus dengan hasil kajian fitotoksisiti menunjukkan kesan layu 50 dan 100% pada 400 dan 600 mg/L Pb. Pengambilan Pb oleh pokok sebesar 6,155, 39,336, 47,409, 69,785 dan 92,269 mg/kg, masing-masing untuk rawatan dengan kepekatan 100, 200, 400, 600 dan 800 mg/L. Analisis Scanning Electron Microscopic (SEM) menunjukkan adanya kesan Pb terhadap tisu tumbuhan dan kandungan Pb di dalam akar, batang, dan daun. Kajian mikrob mendapati 10 spesis rizobakteria yang toleran terhadap logam berat Pb. Hasil kajian biopenjerapan menunjukkan 4 spesis dapat menurunkan kepekatan Pb dan 2 spesis menjerap lebih banyak Pb dibandingkan spesis lain. Rizobakteria yang ditambahkan dalam kajian pengoptimuman loji pandu ialah Bacillus cereus, Brevibacillus choshinensis, Rhodococcus rhodochrous, Bacillus pumilus, dan Bacillus subtilis. Kajian fitoremediasi logam berat Pb pada skala loji pandu menunjukkan pengambilan Pb tertinggi oleh tumbuhan yang mencecah 1,343, 4,910 dan 3,236 mg/kg masing-masing untuk rawatan 10, 30 dan 50 mg/L. Kajian fitoremediasi loji pandu tapak tumbuhan dengan pengudaraan 1 L/min, menunjukkan penurunan Pb dalam air dengan nilai pekali biopenumpukan (BC) tertinggi 114,360, 321,502 dan 151,380 untuk rawatan 10, 30, 50 mg/L. Kajian fitoremediasi Pb dengan pengudaraan 2 L/min, pada rawatan 10 mg/L, kepekatan Pb pada air menurun 73.8 dan 100% pada hari ke-7 dan ke-42. Trend yang sama juga terjadi pada rawatan 30 dan 50 mg/L. Kepekatan tertinggi Pb yang diambil oleh tumbuhan mencapai 2,286 mg/kg pada hari ke-98, 4,174 mg/L pada hari ke-28 dan 8,297 mg/kg pada hari ke-14 masing-masing untuk rawatan 10, 30 dan 50 mg/L. Nilai BC untuk semua rawatan >1, dan nilai faktor translokasi (TF) mencapai nilai 1. Melalui penggunaan RSM, keadaan optimum bagi proses fitoremediasi pada skala loji pandu berlaku pada kepekatan 37 mg/L Pb dengan masa tahanan 32 hari dan tanpa pengudaraan. Ujikaji tapak tumbuhan pada keadaan optimum tanpa penambahan rizobakteria menunjukkan kepekatan Pb dalam air pada hari ke-32 mencapai 0.0167 mg/L dan penjerapan Pb oleh tumbuhan sebesar 5,160 mg/kg. Penambahan rizobakteria pada tapak tumbuhan memberikan hasil yang lebih baik, iaitu kepekatan Pb dalam air sebanyak 0.0007 mg/L, dengan penjerapan oleh tumbuhan sebanyak 5,845 mg/kg. Hasil analisis statistik SPSS menunjukkan perbezaan nyata terhadap penjerapan Pb oleh tisu tumbuhan di antara tapak tumbuhan tanpa dan dengan penambahan bacteria. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa tumbuhan Scirpus grossus mempunyai keupayaan untuk merawat air sisa yang mengandungi Pb dan penambahan rizobakteria dapat meningkatkan keberkesanan proses fitoremediasi.,Ph.D
Pages: 373
Call Number: TD192.75 .B535 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75190+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.