Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485836
Title: | Analisis permintaan pengguna terhadap rumah lestari di Malaysia : pendekatan model pilihan |
Authors: | Zuroni Md Jusoh |
Supervisor: | Jamal bin Othman, Prof. Dr. |
Keywords: | Rumah lestari di Malaysia Permintaan rumah Industrial housing Housing -- Environmental aspects Ecological houses -- Design and construction Housing -- Economic aspects -- Malaysia Housing -- Environmental aspects -- Malaysia Housing -- Resident satisfaction |
Issue Date: | 25-Mar-2013 |
Description: | Konsep rumah lestari telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2006. Hal ini sejajar dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pembangunan lestari. Pihak industri, khususnya pemaju perumahan ingin mengetahui sejauh mana keutamaan pengguna terhadap rumah sedemikian di Malaysia kerana rumah lestari melibatkan pelaburan modal yang lebih besar berbanding dengan rumah konvensional. Maklumat berkenaan keutamaan pengguna juga penting bagi pembuat dasar untuk merangka dasar dan skim insentif yang bersesuaian bagi merangsang perkembangan industri rumah lestari. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keutamaan pengguna dan menganggar kesanggupan membayar pengguna untuk beberapa atribut utama rumah lestari. Teknik Model Pilihan (CM) telah digunakan untuk menganggar nilai ekonomi bagi atribut seperti pelepasan gas karbon dioksida (C02), sistem tadahan air hujan, aliran (ventilasi) udara semula jadi, dan kawasan kehijauan. Dua format Set Pilihan - format generik dan label telah digunakan bagi menganggar harga implisit atribut berkenaan. Seramai 600 respond en dari kawasan Kajang dan Bangi, Selangor telah dipilih secara rawak dan ditemu bual berpandukan dua set soal selidik yang dibangunkan melalui sesi Kumpulan Berfokus (Focus Group) dan Prauji (Pretest). Penganggaran nilai implisit atribut rumah lestari berasaskan regresi Multinomial Logit menunjukkan atribut kualiti aliran udara semula jadi di dalam rumah adalah yang terpenting. Seterusnya, ini diikuti oleh atribut luas kawasan hijau, pelepasan gas karbon dioksida (C02) dan sistem tadahan air hujan. Penganggaran nilai Lebihan Terpampas (CpS) pula menunjukkan secara purata, pengguna sanggup membayar premium harga rumah sebanyak 30 peratus untuk memperoleh semua atribut rumah lestari yang dimodelkan. Secara umumnya, dapatan kajian mencadangkan terdapat prospek yang baik bagi penerimaan konsep rumah lestari di Malaysia. Kajian juga telah membincangkan beberapa implikasi dasar dan skim galakan bagi merangsang perkembangan industri rumah lestari di Malaysia.,PhD |
Pages: | 287 |
Call Number: | HD7287.Z846 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76808+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.