Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485836
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamal bin Othman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZuroni Md Jusoh
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:25Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:25Z-
dc.date.issued2013-03-25
dc.identifier.otherukmvital:76808
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485836-
dc.descriptionKonsep rumah lestari telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2006. Hal ini sejajar dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pembangunan lestari. Pihak industri, khususnya pemaju perumahan ingin mengetahui sejauh mana keutamaan pengguna terhadap rumah sedemikian di Malaysia kerana rumah lestari melibatkan pelaburan modal yang lebih besar berbanding dengan rumah konvensional. Maklumat berkenaan keutamaan pengguna juga penting bagi pembuat dasar untuk merangka dasar dan skim insentif yang bersesuaian bagi merangsang perkembangan industri rumah lestari. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keutamaan pengguna dan menganggar kesanggupan membayar pengguna untuk beberapa atribut utama rumah lestari. Teknik Model Pilihan (CM) telah digunakan untuk menganggar nilai ekonomi bagi atribut seperti pelepasan gas karbon dioksida (C02), sistem tadahan air hujan, aliran (ventilasi) udara semula jadi, dan kawasan kehijauan. Dua format Set Pilihan - format generik dan label telah digunakan bagi menganggar harga implisit atribut berkenaan. Seramai 600 respond en dari kawasan Kajang dan Bangi, Selangor telah dipilih secara rawak dan ditemu bual berpandukan dua set soal selidik yang dibangunkan melalui sesi Kumpulan Berfokus (Focus Group) dan Prauji (Pretest). Penganggaran nilai implisit atribut rumah lestari berasaskan regresi Multinomial Logit menunjukkan atribut kualiti aliran udara semula jadi di dalam rumah adalah yang terpenting. Seterusnya, ini diikuti oleh atribut luas kawasan hijau, pelepasan gas karbon dioksida (C02) dan sistem tadahan air hujan. Penganggaran nilai Lebihan Terpampas (CpS) pula menunjukkan secara purata, pengguna sanggup membayar premium harga rumah sebanyak 30 peratus untuk memperoleh semua atribut rumah lestari yang dimodelkan. Secara umumnya, dapatan kajian mencadangkan terdapat prospek yang baik bagi penerimaan konsep rumah lestari di Malaysia. Kajian juga telah membincangkan beberapa implikasi dasar dan skim galakan bagi merangsang perkembangan industri rumah lestari di Malaysia.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectRumah lestari di Malaysia
dc.subjectPermintaan rumah
dc.subjectIndustrial housing
dc.subjectHousing -- Environmental aspects
dc.subjectEcological houses -- Design and construction
dc.subjectHousing -- Economic aspects -- Malaysia
dc.subjectHousing -- Environmental aspects -- Malaysia
dc.subjectHousing -- Resident satisfaction
dc.titleAnalisis permintaan pengguna terhadap rumah lestari di Malaysia : pendekatan model pilihan
dc.typeTheses
dc.format.pages287
dc.identifier.callnoHD7287.Z846 2013 tesis
dc.identifier.barcode003203 (2013)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76808+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.