Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485796
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Liza Abdullah, Prof. Madya Datin Dr.
dc.contributor.authorNor Syamaliah Ngah (P93409)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:04Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:04Z-
dc.date.issued2022-04-20
dc.identifier.otherukmvital:130182
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485796-
dc.descriptionOrganisasi bukan berasaskan keuntungan (Non-profit organization - NPO) merupakan satu badan sukarela yang bergantung kepada sukarelawan untuk mencapai misi dan objektif organisasi. Permintaan terhadap perkhidmatan NPO semakin meningkat namun jumlah sukarelawan semakin menurun. Penurunan ini merupakan isu global yang perlu diberi perhatian kerana tanpa sukarelawan, NPO tidak dapat menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Justeru, NPO perlu melaksanakan strategi untuk mengekalkan sukarelawan demi kelestarian NPO. Kepimpinan NPO merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pengekalan sukarelawan. Namun begitu, sorotan kajian mendapati kajian kepimpinan dalam NPO terutamanya gaya kepimpinan kebaktian kurang mendapat perhatian penyelidik lepas. Oleh itu, kajian ini telah mengintegrasikan tiga (3) teori iaitu i) Teori Kepimpinan Kebaktian, ii) Teori Pemuliharaan Sumber (COR) dan iii) Teori Identiti Peranan bagi mengkaji tingkah laku pemimpin terhadap pengekalan dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (OCB) dalam kalangan sukarelawan. Teori Kepimpinan Kebaktian diaplikasikan untuk melihat pengaruh langsung hubungan antara pemimpin dan tingkah laku sukarelawan (pengekalan dan OCB). Manakala Teori Pemuliharaan Sumber (COR) digunakan untuk melihat pengaruh keselamatan psikologi dan komitmen organisasi sebagai faktor pengantara terhadap hubungan tersebut. Oleh kerana perbezaan individu boleh menjadi faktor kepada setiap tingkah laku individu, maka Teori Identiti Peranan digunakan sebagai faktor penyederhana. Data telah dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan teknik analisis kuasa dua terkecil separa-permodelan persamaan struktur (PLS-SEM) untuk mengkaji empat (4) persoalan kajian dan 14 hipotesis kajian. Sejumlah 384 orang sukarelawan yang telah berkhidmat setahun dan ke atas dalam NPO kategori kebajikan di Malaysia telah menyertai kajian ini. Teknik pensampelan bertujuan telah digunakan dalam memilih responden kajian. Dapatan menunjukkan gaya kepimpinan kebaktian mempengaruhi tingkah laku sukarelawan dalam pengekalan dan OCB. Selain itu, keselamatan psikologi dan komitmen organisasi merupakan faktor pengantara antara kepimpinan kebaktian dan pengekalan serta OCB sukarelawan. Namun demikian, identiti peranan adalah tidak signifikan sebagai pemboleh ubah penyederhanaan di antara hubungan kepimpinan kebaktian terhadap keselamatan psikologi dan komitmen organisasi. Tuntasnya, kajian ini mendapati kepimpinan kebaktian berupaya mempengaruhi tingkah laku sukarelawan dan pengintegrasian tiga (3) teori berjaya memperkayakan pemahaman berkaitan pengurusan sukarelawan yang merupakan aset penting dalam NPO.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectVoluntarism -- Management
dc.subjectSocial work administration
dc.subjectCommunity organization
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKepimpinan kebaktian dan organisasi kesukarelawan : pengaruh keselamatan psikologi, komitmen dan identiti peranan kepada pengekalan dan ocb sukarelawan
dc.typeTheses
dc.format.pages302
dc.identifier.callnoHN90.V64N647 2022 tesis
dc.identifier.barcode0036752(2022)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130182+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.