Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476503
Title: | Model sistem maklumat sumber manusia tentera: kajian kes tentera darat Malaysia |
Authors: | Mohamad Mohamad Noor (P50183) |
Supervisor: | Rozilawati Razali, Dr. |
Keywords: | Management information systems Personnel management -- Data processing Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Feb-2012 |
Description: | Sistem Maklumat Sumber Manusia memainkan peranan penting di dalam kejayaan sesebuah organisasi dalam menguruskan aset sumber manusianya. Model bagi sesebuah sistem pula merupakan satu asas yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sistem maklumat. Sistem Maklumat Sumber Manusia Tentera Darat Malaysia (HRMIS TDM) merupakan sistem yang menggunakan Teknologi maklumat dan Komunikasi serta amalan terbaik pengurusan sumber manusia untuk meningkatkan tahap pengurusan dan kecekapan Tentera Darat. HRMIS TDM dibangunkan berdasarkan Kerajaan Elektronik - Sistem Maklumat Sumber Manusia (EG-HRMIS) Jabatan Perkhidmatan Awam yang diubahsuai mengikut keperluan semasa TDM. Analisis awal yang dijalankan mendapati bahawa elemen manusia, proses dan produk tidak digabungkan menyebabkan wujudnya modul sistem yang tidak digunakan sepenuhnya meskipun ianya telah dilancarkan dengan rasmi pada 1 Mac 2010. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang wujud dengan mencadangkan satu model Sistem Maklumat Sumber Manusia Tentera yang mengabungkan elemen proses, manusia dan produk. Model ini menerapkan ciri dan nilai organisasi ketenteraan agar bersesuaian dengan kehendak dan matlamat TDM. Kajian kes ini menggunakan teknik temubual dan pemerhatian bagi mengenalpasti permasalahan penggunaan sistem sedia ada. Hasil kajian kesusasteraan dan perbandingan dengan kajian lapangan digunakan untuk membangunkan model terbabit. Teknik Iterative Triangulation digunakan untuk mencapai keseluruhan objektif kajian. Sampel kajian adalah terdiri daripada lima belas anggota TDM yang bertugas di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur. Sebuah prototaip telah dibangunkan untuk mengesahkan model baru yang dihasilkan boleh berfungsi di dalam organisasi. Hasil kajian mendapati model Sistem Maklumat Sumber Manusia Tentera yang dicadangkan membantu dalam proses kerja harian dan ianya sesuai untuk digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 114 |
Call Number: | T58.6.M845 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114686+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.