Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476407
Title: | Reka bentuk antara muka hipermedia adaptif perpustakaan digital kanak-kanak |
Authors: | Nurul Nadia Ab Rahaman (P58911) |
Supervisor: | Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Dr. |
Keywords: | Interactive multimedia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Jan-2014 |
Description: | Perpustakaan digital untuk kanak-kanak telah berkembang pesat di luar negara, contohnya International Children Digital Library (ICDL) yang telah diperkenal pada tahun 2002. Kini, perpustakaan digital menjadi pilihan kanak-kanak untuk membuat capaian dan melayari maklumat dengan mudah dan menyeronokkan. Di Malaysia, perpustakaan digital untuk kanak-kanak masih belum dibangunkan. Daripada kajian lepas, sistem webOPAC iaitu salah satu modul dalam perpustakaan digital kanak-kanak telah melalui proses penyelidikan secara terperinci dan menghasilkan senarai keperluan reka bentuk grafik. Namun begitu, reka bentuk antara muka webOPAC kanak-kanak yang dihasil hanya terhad kepada paparan maklumat bibliografik sahaja. Kanak-kanak tidak dapat mencapai skop maklumat secara meluas seperti membuat capaian maklumat peribadi, buku, video, permainan dan berita semasa. Oleh itu, reka bentuk antara muka perpustakaan digital kanak-kanak dalam konteks penggunaan di Malaysia dibangun menggunakan kaedah Reka Bentuk Partisipatori. Reka bentuk antara muka yang dihasil adalah berdasar prinsip reka bentuk web untuk kanak-kanak dan kajian lepas terhadap elemen adaptif. Reka bentuk Hipermedia Adaptif diguna kerana berupaya menerangkan fungsi, corak penggunaan dan kebolehan yang bersesuaian dengan kemampuan pengguna secara individual dengan lebih berkesan. Reka bentuk antara muka telah diuji dari aspek kebolehgunaan, keberkesanan piktograf, reka letak dan pemilihan warna oleh 10 orang kanak-kanak untuk mendapat maklum balas. Setelah analisis terhadap pengujian awal dijalankan, kajian ini mendapati fitur fungsi dan reka letak yang adaptif perlu ditambah baik agar sesuai dengan reka bentuk antara muka perpustakaan digital yang diguna oleh kanak-kanak di Malaysia. Setelah pembangunan semula reka bentuk mengikut pandangan kanak-kanak, pengujian akhir oleh 20 orang responden dilakukan bagi mengesahkan elemen adaptif. Analisis terhadap pengujian akhir mendapati 75% kanak-kanak memahami dan boleh menguasai fungsi yang diimplemen pada reka bentuk antara muka perpustakaan digital hipermedia adaptif yang dibangunkan.,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 127 |
Call Number: | QA76.9.U83N847 2014 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85052+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.