Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476327
Title: | Penggunaan teknik rapid serial and visual presentation (RSVP) dalam kad imbas digital kanak-kanak |
Authors: | Siti Zahidah Abdullah (P47922) |
Supervisor: | Nazlena Mohamad Ali, Dr. |
Keywords: | Human-computer interaction. Kad imbas digital Rapid serial and visual presentation |
Issue Date: | 9-Mar-2012 |
Description: | Teknik Rapid Serial and Visual Presentation (RSVP) merupakan satu teknik berpotensi untuk memaparkan sejujukan imej secara cepat yang telah digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang kajian. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa isu yang perlu diterokai berkenaan teknik RSVP antaranya isu melibatkan; kesesuaian mod RSVP kepada pengguna dan aplikasinya; serta penerimaan pengguna terhadap teknik ini. Eksplorasi teknik ini dalam bidang pendidikan, khususnya melibatkan kanak-kanak sebagai pengguna masih belum diterokai. Perbezaan mod paparan imej yang terdapat dalam teknik RSVP serta keberkesanannya terhadap ingatan dan kefahaman kanak-kanak juga merupakan aspek yang masih belum terjawab. Justeru, kajian ini mengaplikasikan teknik RSVP bagi menvisualkan imej digital dengan menjadikan aplikasi kad imbas digital sebagai platform paparan kepada kanak-kanak. Kajian melibatkan dua kumpulan pelajar berumur enam hingga lapan tahun yang terdiri daripada pelajar kelas normal dan pelajar program LINUS. Metodologi kajian melibatkan dua peringkat ekperimen iaitu; 1) pengujian terhadap penerimaan teknik RSVP sebagai teknik paparan kad imbas, dan 2) perbandingan bagi perbezaan mod statik dan dinamik dalam teknik RVSP. Hasil kajian mendapati teknik RSVP diterima baik dalam persekitaran pembelajaran digital kanak-kanak. Keputusan menunjukkan terdapat variasi dalam penerimaan bagi setiap kumpulan pelajar bagi setiap pengujian yang dijalankan dari segi prestasi dan tumpuan. Sebanyak 60% pelajar memilih mod paparan secara dinamik dan 40% pelajar memilih mod paparan secara statik. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan ingatan serta prestasi pelajar menggunakan paparan imej RSVP secara statik adalah lebih baik berbanding penggunaan imej yang dipaparkan secara dinamik bagi kedua-dua kumpulan pelajar yang dibuktikan melalui min skor menggunakan mod statik adalah lebih tinggi (Min = 3.4) berbanding min skor menggunakan mod dinamik (Min = 0.7). Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan gambaran awal berkenaan penerimaan kanak-kanak terhadap teknik RSVP dalam pembelajaran. Teknik RSVP juga berpotensi dalam persekitaran pembelajaran secara digital kepada kanak-kanak terutamanya dalam pembelajaran kad imbas yang kebiasaannya dilakukan secara manual.,Sarjana |
Pages: | 122 |
Call Number: | QA76.9.H85 S588 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81912+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.