Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476296
Title: Model permainan pendidikan berasaskan antara muka pengguna semula jadi
Authors: Sychol Ghulam (P74184)
Supervisor: Azrulhizam Shapi’i, Dr.
Keywords: Antara Muka Pengguna Semula Jadi
Permainan pendidikan
Kurikulum pembelajaran
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jun-2016
Description: Antara Muka Pengguna Semula Jadi (NUI) adalah satu pendekatan baru yang mulai berkembang dalam dunia interaksi manusia dan komputer. Penggunaan teknologi ini semakin meluas dalam hampir semua sektor dan ini termasuk dalam bidang pendidikan. Sejak kebelakangan ini, permainan-permainan pendidikan menggunakan teknologi NUI telah banyak berada di pasaran seperti permainan Kinect. Permainan Kinect dikawal mengguna pergerakan badan sehingga memberi kesan semula jadi dan keseronokan kepada pelajar. Walau bagaimanapun, permainan Kinect sedia ada sekarang kebanyakannya tidak mengikut kurikulum pembelajaran dalam kelas secara keseluruhan, sehingga tidak dapat mencapai objektif pembelajaran sepenuhnya. Oleh itu sebuah model reka bentuk permainan pendidikan yang selaras dengan kurikulum pembelajaran perlu dibangun. Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk sebuah model yang boleh dijadi garis panduan dalam pembangunan permainan pendidikan berasaskan NUI. Sebuah prototaip juga dibangun sebagai salah satu objektif dari kajian ini. Prototaip adalah berdasar model yang dibangun bertujuan untuk memastikan dan menilai keberkesanan model. Mata pelajaran yang dipilih sebagai kandungan dalam prototaip permainan adalah mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah tahun tiga. Reka bentuk kajian berasaskan model ADDIE yang merupakan model yang biasa diguna sebagai garis panduan pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran. Data kajian ini diperolehi melalui teknik pemerhatian dan soalan temu bual. Hasil pengujian prototaip menunjuk tindak balas yang baik daripada pengguna. Selain itu, hasil temu bual dengan guru menunjukkan bahawa kandungan prototaip permainan sesuai dengan kurikulum pembelajaran. Kajian ini menyumbang kepada garis panduan bagi mereka bentuk permainan pendidikan berasaskan NUI.,Sarjana Teknologi Maklumat
Pages: 96
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81396+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
415.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.