Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476119
Title: | Penilaian kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat |
Authors: | Kamisah binti Pardi@Abd Aziz (P56130) |
Supervisor: | Maryati Mohd. Yusof, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Penilaian Organisasi Penerapan sistem maklumat Information technology |
Issue Date: | 17-Dec-2012 |
Description: | Kebanyakan projek ICT mengalami kegagalan disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk masalah organisasi serta pemimpin organisasi tidak menilai kesediaan organisasi untuk berubah dengan secukupnya. Walaupun pelbagai perspektif serta kriteria telah digunakan oleh para penyelidik untuk mengukur tahap kesediaan organisasi, hasil kajian membuktikan bahawa pengukurannya ke atas penerapan sistem maklumat masih terhad, tidak jelas serta memerlukan perincian dan kajian lanjut. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti kerangka kesediaan organisasi sedia ada, menilai penerapan sistem maklumat dalam kesediaan organisasi menggunakan kerangka kesediaan organisasi yang bersesuaian dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat. Kajian ini menggunakan Kerangka Kesediaan Organisasi (Atribut perubahan, Sokongan kepimpinan, Konteks dalaman dan Atribut sasaran perubahan) untuk mengkaji kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat dengan mengambil empat modul utama di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) sebagai kajian kes. Kajian dilakukan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) iaitu agensi peneraju utama HRMIS. Kajian kualitatif ini melibatkan tiga jenis pengumpulan data iaitu temubual, pemerhatian serta analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa JPA telah bersedia untuk melaksanakan HRMIS tetapi isu serta masalah HRMIS yang dikenalpasti harus diatasi dan ditangani dengan segera untuk mencapai objektif pelaksanaan sistem. Kajian ini juga mendapati bahawa Kerangka Kesediaan Organisasi sesuai digunakan untuk menilai kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat. Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat telah dikenalpasti berdasarkan penemuan kajian ini: atribut perubahan, sokongan kepimpinan, konteks dalaman dan atribut sasaran perubahan. Kajian ini turut mencadangkan dua penambahan sub-pengukuran penilaian di bawah dimensi Sokongan kepimpinan iaitu sokongan IT dan dimensi Atribut sasaran perubahan iaitu Latihan pengguna. Faktor ini diharap dapat menjadi panduan bagi menilai kesediaan organisasi sebelum sistem maklumat dilaksanakan pada masa hadapan.,Master/Sarjana |
Pages: | 149 |
Call Number: | T58.5.K355 2012 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73415+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.