Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476119
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaryati Mohd. Yusof, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorKamisah binti Pardi@Abd Aziz (P56130)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:13:47Z-
dc.date.available2023-10-06T09:13:47Z-
dc.date.issued2012-12-17
dc.identifier.otherukmvital:73415
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476119-
dc.descriptionKebanyakan projek ICT mengalami kegagalan disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk masalah organisasi serta pemimpin organisasi tidak menilai kesediaan organisasi untuk berubah dengan secukupnya. Walaupun pelbagai perspektif serta kriteria telah digunakan oleh para penyelidik untuk mengukur tahap kesediaan organisasi, hasil kajian membuktikan bahawa pengukurannya ke atas penerapan sistem maklumat masih terhad, tidak jelas serta memerlukan perincian dan kajian lanjut. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti kerangka kesediaan organisasi sedia ada, menilai penerapan sistem maklumat dalam kesediaan organisasi menggunakan kerangka kesediaan organisasi yang bersesuaian dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat. Kajian ini menggunakan Kerangka Kesediaan Organisasi (Atribut perubahan, Sokongan kepimpinan, Konteks dalaman dan Atribut sasaran perubahan) untuk mengkaji kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat dengan mengambil empat modul utama di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) sebagai kajian kes. Kajian dilakukan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) iaitu agensi peneraju utama HRMIS. Kajian kualitatif ini melibatkan tiga jenis pengumpulan data iaitu temubual, pemerhatian serta analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa JPA telah bersedia untuk melaksanakan HRMIS tetapi isu serta masalah HRMIS yang dikenalpasti harus diatasi dan ditangani dengan segera untuk mencapai objektif pelaksanaan sistem. Kajian ini juga mendapati bahawa Kerangka Kesediaan Organisasi sesuai digunakan untuk menilai kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat. Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat telah dikenalpasti berdasarkan penemuan kajian ini: atribut perubahan, sokongan kepimpinan, konteks dalaman dan atribut sasaran perubahan. Kajian ini turut mencadangkan dua penambahan sub-pengukuran penilaian di bawah dimensi Sokongan kepimpinan iaitu sokongan IT dan dimensi Atribut sasaran perubahan iaitu Latihan pengguna. Faktor ini diharap dapat menjadi panduan bagi menilai kesediaan organisasi sebelum sistem maklumat dilaksanakan pada masa hadapan.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectPenilaian
dc.subjectOrganisasi
dc.subjectPenerapan sistem maklumat
dc.subjectInformation technology
dc.titlePenilaian kesediaan organisasi dalam penerapan sistem maklumat
dc.typetheses
dc.format.pages149
dc.identifier.callnoT58.5.K355 2012 3
dc.identifier.barcode000331
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73415+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.