Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476115
Title: | Interaksi pengguna dalam persekitaran muzium maya (PMM) melalui pendekatan model berasaskan imej |
Authors: | Normala Rahim (P51700) |
Supervisor: | Nor Azan Hj.Mat Zin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Interaksi pengguna Persekitaran muzium maya PMM Pendekatan model berasaskan imej Museums--Technological innovations |
Issue Date: | 12-Jan-2012 |
Description: | Interaksi pengguna dan reka bentuk antara muka dalam pembangunan muzium maya merupakan elemen penting bagi memenuhi keperluan pengguna. Aplikasi muzium maya yang sedia ada tidak mementingkan aspek keperluan pengguna sebenar, dengan itu pengguna tidak dapat berinteraksi dengan mudah, cekap dan berkesan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti keperluan pengguna, teknik interaksi dan reka bentuk antara muka yang bersesuaian bagi membangunkan prototaip Persekitaran Muzium Maya (PMM). Kajian ini mengimplementasi metodologi reka bentuk berpusatkan pengguna yang melibatkan lima fasa, iaitu; kenalpasti masalah, analisis awal, reka bentuk, pembangunan prototaip dan penilaian. Analisis awal telah menghasilkan senarai keperluan melalui soal selidik bersama 20 orang pengguna yang menunjukkan elemen interaksi pengguna seperti navigasi, manipulasi dan kawalan sistem yang perlu diterap dalam pembangunan prototaip. Dengan itu, kajian literatur dijalankan terhadap teknik interaksi dan reka bentuk untuk merealisasikan keperluan yang dihasilkan. Teknik Panorama Realiti Maya (PRM) yang merupakan pendekatan model berasaskan imej digunakan untuk membangun prototaip PMM. Terdapat dua cara yang digunakan dalam teknik PRM iaitu; pandangan dalam ke luar yang digunakan untuk navigasi persekitaran dan pandangan luar ke dalam yang digunakan untuk manipulasi objek. Hasil daripada analisis awal adalah model konseptual muzium maya yang membantu kajian ini merekabentuk PMM yang mempunyai fitur peta dan hotspot untuk mengetahui, merancang dan memahami lokasi. Fitur tersebut membantu kajian ini untuk membina peta minda dalam pembangunan prototaip. Bagi memastikan prototaip memenuhi keperluan pengguna maka penilaian kebolehgunaan dijalankan terhadap 52 orang pengguna untuk mengukur faktor mudah untuk digunakan, kecekapan dan kepuasan. Prototaip PMM mempunyai kebolehgunaan yang tinggi iaitu mudah digunakan (min= 4.08), kecekapan (min= 4.27) dan kepuasan (min= 4.12). Sumbangan utama kajian ini ialah model konseptual PMM dan reka bentuk antara muka prototaip PMM.,Master |
Pages: | 156 |
Call Number: | TA1637 .N676 2012 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476115 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_72901+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.16 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.