Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476115
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Azan Hj.Mat Zin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNormala Rahim (P51700)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:13:45Z-
dc.date.available2023-10-06T09:13:45Z-
dc.date.issued2012-01-12
dc.identifier.otherukmvital:72901
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476115-
dc.descriptionInteraksi pengguna dan reka bentuk antara muka dalam pembangunan muzium maya merupakan elemen penting bagi memenuhi keperluan pengguna. Aplikasi muzium maya yang sedia ada tidak mementingkan aspek keperluan pengguna sebenar, dengan itu pengguna tidak dapat berinteraksi dengan mudah, cekap dan berkesan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti keperluan pengguna, teknik interaksi dan reka bentuk antara muka yang bersesuaian bagi membangunkan prototaip Persekitaran Muzium Maya (PMM). Kajian ini mengimplementasi metodologi reka bentuk berpusatkan pengguna yang melibatkan lima fasa, iaitu; kenalpasti masalah, analisis awal, reka bentuk, pembangunan prototaip dan penilaian. Analisis awal telah menghasilkan senarai keperluan melalui soal selidik bersama 20 orang pengguna yang menunjukkan elemen interaksi pengguna seperti navigasi, manipulasi dan kawalan sistem yang perlu diterap dalam pembangunan prototaip. Dengan itu, kajian literatur dijalankan terhadap teknik interaksi dan reka bentuk untuk merealisasikan keperluan yang dihasilkan. Teknik Panorama Realiti Maya (PRM) yang merupakan pendekatan model berasaskan imej digunakan untuk membangun prototaip PMM. Terdapat dua cara yang digunakan dalam teknik PRM iaitu; pandangan dalam ke luar yang digunakan untuk navigasi persekitaran dan pandangan luar ke dalam yang digunakan untuk manipulasi objek. Hasil daripada analisis awal adalah model konseptual muzium maya yang membantu kajian ini merekabentuk PMM yang mempunyai fitur peta dan hotspot untuk mengetahui, merancang dan memahami lokasi. Fitur tersebut membantu kajian ini untuk membina peta minda dalam pembangunan prototaip. Bagi memastikan prototaip memenuhi keperluan pengguna maka penilaian kebolehgunaan dijalankan terhadap 52 orang pengguna untuk mengukur faktor mudah untuk digunakan, kecekapan dan kepuasan. Prototaip PMM mempunyai kebolehgunaan yang tinggi iaitu mudah digunakan (min= 4.08), kecekapan (min= 4.27) dan kepuasan (min= 4.12). Sumbangan utama kajian ini ialah model konseptual PMM dan reka bentuk antara muka prototaip PMM.,Master
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectInteraksi pengguna
dc.subjectPersekitaran muzium maya
dc.subjectPMM
dc.subjectPendekatan model berasaskan imej
dc.subjectMuseums--Technological innovations
dc.titleInteraksi pengguna dalam persekitaran muzium maya (PMM) melalui pendekatan model berasaskan imej
dc.typetheses
dc.format.pages156
dc.identifier.callnoTA1637 .N676 2012 3
dc.identifier.barcode000145
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_72901+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.