Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475729
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Fairus Sharrif (P77137)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:21Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:21Z-
dc.date.issued2017-10-04-
dc.identifier.otherukmvital:98201-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475729-
dc.descriptionBahagian Pengurusan Sharīʿah dan Pembangunan di dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) berperanan memastikan perkhidmatan sharīʿah diaplikasikan dalam semua koperasi. Perangkaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2015 mencatatkan pendaftaran sebanyak 2335 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 2,107,231 orang dan 704 daripadanya adalah pelajar pendidikan khas. Keanggotaan pelajar yang terdiri daripada pelajar belum bāligh, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran (terencat akal) serta masalah penglihatan menimbulkan isu keabsahan keanggotaan mereka berdasarkan prinsip kelayakan (al-ahliyyah) dan halangan (al-ḥajr), dan syarat keharusan berakad menurut syarak. Namun, Akta Koperasi 1993 (Akta 502) membenarkan pelajar belum bāligh dan pelajar pendidikan khas menganggotai koperasi sekolah. Maka ianya menunjukkan kontradiksi antara prinsip Islam dan prinsip keanggotaan koperasi sekolah. Kajian ini bertujuan menganalisis hukum keanggotaan pelajar belum bāligh, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran serta masalah penglihatan menurut sharaʿ dari prinsip al-ahliyyah dan al-ḥajr. Metodologi kajian ialah kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual separa struktur bersama kumpulan pentadbir koperasi sekolah bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang prosedur, peranan serta penglibatan mereka sebagai anggota. Temubual pakar koperasi sekolah serta pakar muamalat Islam juga dilakukan bagi mengukuhkan perbincangan dalam kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis menerusi kaedah penilaian teori secara diskriptif. Hasil kajian mendapati kontradiksi antara prinsip syarak dan peraturan keanggotaan koperasi sekolah (Akta Koperasi 1993) di mana faktor usia belum bāligh dan faktor pelajar berkeperluan khas (masalah penglihatan serta masalah pembelajaran) menjadi halangan untuk mereka bertaṣarruf dengan al-māl bagi menjaga kemaslahatan harta mereka. Namun, pelajar masih berpeluang untuk menjadi anggota yang diharuskan disisi sharaʿ dengan menambakbaik peraturan keanggotaan iaitu dengan keizinan wali. Kajian mendapati bahawa penglibatan pelajar dalam koperasi sekolah memberi manfaat pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan perniagaan. Implikasi kajian mendorong kepada penambahbaikan amalan dan prinsip keanggotaan pelajar dalam koperasi sekolah agar ia bertepatan dengan prinsip al-ahliyyah dan membimbing anggota koperasi memahami serta mengamalkan sistem muamalat Islam.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectShari'ah-
dc.subjectSyarak-
dc.subjectHukum-
dc.subjectKontradiksi-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleKeanggotaan pelajar kurang kelayakan (nāqis al-ahliyyah) dalam koperasi sekolah menurut perspektif Islam-
dc.typeTheses-
dc.format.pages158-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KEANGGOTAAN PELAJAR KURANG KELAYAKAN (NĀQIṢ AL-AHLIYYAH) DALAM KOPERASI SEKOLAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.pdf
  Restricted Access
2.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.