Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464316
Title: Hubungan antara kepuasan pengguna dan permintaan pengguna terhadap padang bola sepak komersial di daerah hulu langat, selangor semasa pandemik covid-19
Authors: Mohd Fairus Shafie (P103885)
Supervisor: Lai, Wei Sieng, Dr.
Keywords: Soccer fields -- Selangor
Sports facilities -- Selangor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Mar-2023
Abstract: Bola sepak merupakan sukan yang sangat popular di seluruh dunia. Pembukaan fasiliti sukan melalui padang bola sepak komersial turut berkembang seiring dengan perkembangan sukan bola sepak di Malaysia. Namun begitu, situasi pandemik Covid-19 yang mula melanda dunia pada Mac 2020 telah mengubah landskap sukan bola sepak dan permintaan terhadap padang bola sepak komersial. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara permintaan terhadap padang bola sepak komersial dan kepuasan pengguna padang bola sepak komersial. Di samping itu, kajian ini turut meneroka impak pandemik Covid-19 terhadap permintaan padang bola sepak komersial di Malaysia. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kajian secara tinjauan (survei) dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 721 orang pengunjung padang komersial di daerah Hulu Langat. Keputusan kajian menunjukkan faktor keselamatan, fasiliti, pengurusan perkhidmatan, kadar sewaan dan keselesaan tempat duduk merupakan faktor yang mempengaruhi permintaan dan kepuasan pengguna. Di samping itu, terdapat hubungan korelasi yang rendah antara kepuasan pengguna dan permintaan pengguna terhadap padang bola sepak komersial. Bahkan kajian ini mendapati Pandemik Covid-19 mempengaruhi permintaan padang bola sepak komersial. Kajian ini dilihat dapat membantu pihak pengusaha padang bola sepak komersial untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, fasiliti dan mempromosikan padang bola sepak komersial kepada masyarakat. Justeru, maklum balas yang diterima dari pengguna berkenaan padang bola sepak komersial boleh digunakan oleh pihak kerajaan untuk membina garis panduan yang boleh menjadikan padang bola sepak komersial domestik setanding dengan padang bola sepak komersial di peringkat antarabangsa.
Pages: 86
Call Number: GV943.9.S63.M634 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.