Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464316
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLai, Wei Sieng, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Fairus Shafie (P103885)-
dc.date.accessioned2023-09-27T01:25:06Z-
dc.date.available2023-09-27T01:25:06Z-
dc.date.issued2023-03-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464316-
dc.description.abstractBola sepak merupakan sukan yang sangat popular di seluruh dunia. Pembukaan fasiliti sukan melalui padang bola sepak komersial turut berkembang seiring dengan perkembangan sukan bola sepak di Malaysia. Namun begitu, situasi pandemik Covid-19 yang mula melanda dunia pada Mac 2020 telah mengubah landskap sukan bola sepak dan permintaan terhadap padang bola sepak komersial. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara permintaan terhadap padang bola sepak komersial dan kepuasan pengguna padang bola sepak komersial. Di samping itu, kajian ini turut meneroka impak pandemik Covid-19 terhadap permintaan padang bola sepak komersial di Malaysia. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kajian secara tinjauan (survei) dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 721 orang pengunjung padang komersial di daerah Hulu Langat. Keputusan kajian menunjukkan faktor keselamatan, fasiliti, pengurusan perkhidmatan, kadar sewaan dan keselesaan tempat duduk merupakan faktor yang mempengaruhi permintaan dan kepuasan pengguna. Di samping itu, terdapat hubungan korelasi yang rendah antara kepuasan pengguna dan permintaan pengguna terhadap padang bola sepak komersial. Bahkan kajian ini mendapati Pandemik Covid-19 mempengaruhi permintaan padang bola sepak komersial. Kajian ini dilihat dapat membantu pihak pengusaha padang bola sepak komersial untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, fasiliti dan mempromosikan padang bola sepak komersial kepada masyarakat. Justeru, maklum balas yang diterima dari pengguna berkenaan padang bola sepak komersial boleh digunakan oleh pihak kerajaan untuk membina garis panduan yang boleh menjadikan padang bola sepak komersial domestik setanding dengan padang bola sepak komersial di peringkat antarabangsa.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSoccer fields -- Selangoren_US
dc.subjectSports facilities -- Selangoren_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungan antara kepuasan pengguna dan permintaan pengguna terhadap padang bola sepak komersial di daerah hulu langat, selangor semasa pandemik covid-19en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages86en_US
dc.identifier.callnoGV943.9.S63.M634 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007087en_US
dc.format.degreeSarjana Perdaganganen_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.