Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463608
Title: | Kajian sistematik terhadap transformasi lean dalam sistem maklumat kesihatan |
Authors: | Nadia Awang Kalong (P56172) |
Supervisor: | Maryati Mohd. Yusof, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Transformasi Lean Sistem Maklumat Kesihatan Information storage and retrieval systems |
Issue Date: | 12-Nov-2013 |
Description: | Kajian terdahulu melaporkan bahawa kegagalan Sistem Maklumat Kesihatan (SMK) ialah berpunca daripada wujudnya pelbagai jenis pembaziran yang terdapat dalam sesebuah SMK. Salah satu cara terbaik untuk menyingkirkan pembaziran tersebut adalah dengan melaksanakan transformasi Lean. Walaubagaimanapun, kajian berkaitan Lean terutamanya aspek pembaziran dalam SMK adalah terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk: 1) mengenalpasti pembaziran dalam SMK dan 2) mengenalpasti alatan Lean yang digunakan untuk menyingkirkan pembaziran dalam persekitaran SMK. Metodologi kajian sistematik digunakan untuk menilai transformasi Lean dari aspek pembaziran dan alatan Lean yang telah digunakan dalam persekitaran SMK. 17 kajian mengenai pelaksanaan transformasi Lean dalam persekitaran klinikal yang menggunakan SMK dipilih sebagai sumber kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua tujuh kategori pembaziran dari sektor perkilangan automotif juga wujud dalam persekitaran SMK. Kajian ini turut mencadangkan tiga kategori pembaziran tambahan iaitu kejuruteraan berlebihan, kekeliruan dan potensi manusia yang kurang dimanfaatkan. Alatan Lean yang berlainan digunakan di peringkat awal dan peringkat akhir transformasi Lean. Fungsi alatan Lean di peringkat awal transformasi Lean adalah untuk memetakan aliran proses semasa, menganalisis nilai aktiviti dalam aliran proses dan mengenalpasti punca pembaziran. Fungsi alatan Lean di peringkat akhir transformasi Lean adalah untuk menyingkirkan pembaziran. Pemilihan alatan Lean yang sesuai untuk menyingkirkan pembaziran adalah bergantung kepada sifat pembaziran tersebut. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan untuk melaksanakan transformasi Lean dalam persekitaran SMK.,Master / Sarjana |
Pages: | 148 |
Call Number: | T58.64.N335 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84847+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.