Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463608
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaryati Mohd. Yusof, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNadia Awang Kalong (P56172)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:31:14Z-
dc.date.available2023-09-25T09:31:14Z-
dc.date.issued2013-11-12
dc.identifier.otherukmvital:84847
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463608-
dc.descriptionKajian terdahulu melaporkan bahawa kegagalan Sistem Maklumat Kesihatan (SMK) ialah berpunca daripada wujudnya pelbagai jenis pembaziran yang terdapat dalam sesebuah SMK. Salah satu cara terbaik untuk menyingkirkan pembaziran tersebut adalah dengan melaksanakan transformasi Lean. Walaubagaimanapun, kajian berkaitan Lean terutamanya aspek pembaziran dalam SMK adalah terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk: 1) mengenalpasti pembaziran dalam SMK dan 2) mengenalpasti alatan Lean yang digunakan untuk menyingkirkan pembaziran dalam persekitaran SMK. Metodologi kajian sistematik digunakan untuk menilai transformasi Lean dari aspek pembaziran dan alatan Lean yang telah digunakan dalam persekitaran SMK. 17 kajian mengenai pelaksanaan transformasi Lean dalam persekitaran klinikal yang menggunakan SMK dipilih sebagai sumber kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua tujuh kategori pembaziran dari sektor perkilangan automotif juga wujud dalam persekitaran SMK. Kajian ini turut mencadangkan tiga kategori pembaziran tambahan iaitu kejuruteraan berlebihan, kekeliruan dan potensi manusia yang kurang dimanfaatkan. Alatan Lean yang berlainan digunakan di peringkat awal dan peringkat akhir transformasi Lean. Fungsi alatan Lean di peringkat awal transformasi Lean adalah untuk memetakan aliran proses semasa, menganalisis nilai aktiviti dalam aliran proses dan mengenalpasti punca pembaziran. Fungsi alatan Lean di peringkat akhir transformasi Lean adalah untuk menyingkirkan pembaziran. Pemilihan alatan Lean yang sesuai untuk menyingkirkan pembaziran adalah bergantung kepada sifat pembaziran tersebut. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan untuk melaksanakan transformasi Lean dalam persekitaran SMK.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectTransformasi Lean
dc.subjectSistem Maklumat Kesihatan
dc.subjectInformation storage and retrieval systems
dc.titleKajian sistematik terhadap transformasi lean dalam sistem maklumat kesihatan
dc.typetheses
dc.format.pages148
dc.identifier.callnoT58.64.N335 2013
dc.identifier.barcode002007
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84847+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.