Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463607
Title: Penyingkiran pewarna metilena biru daripada larutan akueus menggunakan kayu teras kenaf terawat
Authors: Mohd Shaiful bin Sajab (P52495)
Supervisor: Chia Chin Hua, Dr.
Keywords: Metilena biru
Kenaf
Adsorption
Methylene blue.Chemical engineering
Issue Date: 11-Jan-2012
Description: Kajian erapan pewarna metilena biru (MB) ke atas kayu teras kenaf telah dilakukan. Pada kajian awal, erapan MB pada kayu yang saiz kayu berbeza di antara julat 45‒500 µm dilakukan bagi mendapatkan saiz yang paling sesuai bagi erapan paling maksimum. Didapati saiz kayu 150‒300 µm memberi muatan erapan yang paling tinggi disebabkan oleh luas permukaannya yang paling tinggi. Penambahbaikan kapasiti erapan kayu teras kenaf juga dijalankan dengan melakukan modifikasi secara kimia dengan menggunakan natrium hidroksida (NaOH) dan asid sitrik (AS). Perubahan struktur morfologi dan kumpulan berfungsi kimia pada kayu teras kenaf selepas daripada hasil rawatan dianalisis dengan menggunakan alat termasuk mikroskopi elektron (SEM), dan spektrometer inframerah jelmaan fourier (FTIR). Kinetik dan isoterma erapan MB ke atas kayu teras kenaf dikaji dengan menggunakan parameter pH (pH 3‒9), kepekatan MB (50‒400 mg/L) dan suhu (20‒60 oC) yang berbeza. Data yang diperolehi telah ditafsirkan dengan menggunakan model erapan isoterma Langmuir dan Freundlich. Keputusan menunjukkan bahawa kapasiti erapan maksimum (Q0) bagi kayu teras kenaf tanpa rawatan, kayu teras kenaf terawat NaOH dan teras kenaf terawat AS ialah 101.1, 112.4 dan 131.6 mg/g, masing-masing. Analisis kinetik erapan MB ke atas kayu teras kenaf juga telah dilakukan dengan menggunakan model kinetik pseudo-tertib pertama, pseudo-tertib kedua dan resapan intrazarah. Pada amnya, erapan yang berlaku di antara MB ke atas kayu teras kenaf berlaku adalah secara erapan fizikal kerana tenaga pengaktifan yang rendah (<40 kJ/mol). Model termodinamik Van't Hoff telah digunakan dan ia membuktikan bahawa kesemua proses erapan adalah bersifat endotermik dan spontan.,Master / Sarjana
Pages: 93
Call Number: QD547.M848 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84843+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.