Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463607
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chia Chin Hua, Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Shaiful bin Sajab (P52495) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:31:11Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:31:11Z | - |
dc.date.issued | 2012-01-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84843 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463607 | - |
dc.description | Kajian erapan pewarna metilena biru (MB) ke atas kayu teras kenaf telah dilakukan. Pada kajian awal, erapan MB pada kayu yang saiz kayu berbeza di antara julat 45‒500 µm dilakukan bagi mendapatkan saiz yang paling sesuai bagi erapan paling maksimum. Didapati saiz kayu 150‒300 µm memberi muatan erapan yang paling tinggi disebabkan oleh luas permukaannya yang paling tinggi. Penambahbaikan kapasiti erapan kayu teras kenaf juga dijalankan dengan melakukan modifikasi secara kimia dengan menggunakan natrium hidroksida (NaOH) dan asid sitrik (AS). Perubahan struktur morfologi dan kumpulan berfungsi kimia pada kayu teras kenaf selepas daripada hasil rawatan dianalisis dengan menggunakan alat termasuk mikroskopi elektron (SEM), dan spektrometer inframerah jelmaan fourier (FTIR). Kinetik dan isoterma erapan MB ke atas kayu teras kenaf dikaji dengan menggunakan parameter pH (pH 3‒9), kepekatan MB (50‒400 mg/L) dan suhu (20‒60 oC) yang berbeza. Data yang diperolehi telah ditafsirkan dengan menggunakan model erapan isoterma Langmuir dan Freundlich. Keputusan menunjukkan bahawa kapasiti erapan maksimum (Q0) bagi kayu teras kenaf tanpa rawatan, kayu teras kenaf terawat NaOH dan teras kenaf terawat AS ialah 101.1, 112.4 dan 131.6 mg/g, masing-masing. Analisis kinetik erapan MB ke atas kayu teras kenaf juga telah dilakukan dengan menggunakan model kinetik pseudo-tertib pertama, pseudo-tertib kedua dan resapan intrazarah. Pada amnya, erapan yang berlaku di antara MB ke atas kayu teras kenaf berlaku adalah secara erapan fizikal kerana tenaga pengaktifan yang rendah (<40 kJ/mol). Model termodinamik Van't Hoff telah digunakan dan ia membuktikan bahawa kesemua proses erapan adalah bersifat endotermik dan spontan.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Metilena biru | - |
dc.subject | Kenaf | - |
dc.subject | Adsorption | - |
dc.subject | Methylene blue.Chemical engineering | - |
dc.title | Penyingkiran pewarna metilena biru daripada larutan akueus menggunakan kayu teras kenaf terawat | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 93 | - |
dc.identifier.callno | QD547.M848 2012 | - |
dc.identifier.barcode | 002004 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84843+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.