Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463236
Title: | Kajian struktur metalotionin (protein pengikat logam) melalui simulasi dinamik molekul |
Authors: | Tan Kwee Hong (P48540) |
Supervisor: | Zeti Azura Mohamed Hussein, Dr. |
Keywords: | Metalotionin (protein pengikat logam) Simulasi dinamik molekul Metalloproteins |
Issue Date: | 8-Oct-2012 |
Description: | Metalotionin merupakan kumpulan protein kaya-sistina yang berupaya berikat dengan pelbagai ion logam dengan membentuk kluster logam tiolat. Kajian simulasi struktur protein yang berikat dengan ion logam adalah sukar dilakukan kerana pengaruh pemindahan caj dan elektron serta kepolaran asid amino dalam menghasilkan koordinasi struktur yang betul sewaktu proses pemodelan. Dalam kajian ini, proses simulasi dinamik molekul (MD) telah dilakukan ke atas kompleks Cd-MT dengan menggunakan parameter medan daya yang telah dioptimumkan. Parameter optimum untuk kluster kadmium-tiolat dalam kompleks Cd-MT telah diaplikasikan dalam medan daya CHAMM22 sebelum proses simulasi MD dilakukan. Struktur MT dihablurkan di dalam kotak kubik, dineutralkan dan diseimbangkan sebelum ianya disimulasikan selama 5 nanosaat (ns). Analisis trajektori menunjukkan bahawa tulang belakang protein mempunyai daya keanjalan yang tinggi apabila keseluruhan struktur protein distabilkan oleh kluster kadmium-tiolat. Atom-atom di dalam kluster kadmium-tiolat menunjukkan perbezaan yang sangat kecil sewaktu proses simulasi 5 ns dijalankan ke atas kompleks ini dan juga tiada kesan kewujudan struktur sekunder. Proses simulasi MD yang telah dilakukan ke atas kompleks ini telah menunjukkan bahawa perlakuan dan kestabilan MT adalah sangat bergantung kepada kewujudan kluster logam-tiolat yang terbentuk di dalam struktur protein ini. Kajian ini juga mendapati bahawa perlekatan MT dengan ion- ion logam yang berbeza turut menyumbang kepada pelbagai ciri struktur MT antaranya seperti koordinasi geometri di dalam domain MT.,Master/Sarjana |
Pages: | 113 |
Call Number: | QP552.M47.T344 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73410+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.