Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462803
Title: Nanokomposit asid polilaktik diperkuat cecair getah asli berpengisi grafin nanoplat
Authors: Nurul Aishah Mohd Amran (P90527)
Supervisor: Sahrim Haji Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Grafin nanoplat
Asid polilaktik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-May-2022
Description: Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan rawatan grafin nanoplat (GNP) dan kesan kandungan GNP (GNP dirawat dan GNP tidak dirawat (GNP-u)) pada peratus berat yang berbeza (0.25, 0.50, 0.75 dan 1.00%bt) dalam adunan asid polilaktik / cecair getah asli (PLA/LNR) terhadap sifat mekanik, terma, morfologi dan elektrik. LNR digunakan sebagai agen penserasi dan nisbah komposisi antara PLA dan LNR ditetapkan pada 90:10. Kajian ini memfokuskan kepada rawatan terhadap permukaan kepingan GNP secara modifikasi kovalen dan bukan kovalen dalam media metanol. Kehadiran asid amino dodekanoik (ADA) digunakan sebagai pemfungsian kovalen (GNP-A) manakala Triton X-100 (TX-100) sebagai pemfungsian bukan kovalen (GNP-TX). Keberkesanan rawatan ini diukur dengan kehilangan puncak C-O dan perbezaan jarak-d, masing-masing merujuk kepada analisis kimia menggunakan analisis fourier transformasi infra-merah (FTIR) dan analisis pembelauan sinar X. Seterusnya, nanokomposit PLA/LNR/GNP-u, PLA/LNR/GNP-A dan PLA/LNR/GNP-TX dihasilkan dengan menggunakan mesin pengadun dalaman Thermo Haake pada suhu 180°C selama 14 minit dengan kelajuan rotor 100ppm. Proses pembentukan sampel dibuat menggunakan mesin acuan mampatan panas sejuk pada suhu 180°C selama 16 minit. Pemerhatian pada mikroskopi penghantaran elektron (TEM) menunjukkan pengurangan tindanan antara GNP terawat (GNP-A dan GNP-TX) berbanding GNP-u. Perbandingan jenis nanokomposit menunjukkan peningkatan sifat mekanik, terma dan elektrik yang paling baik adalah pada PLA/LNR/GNP-A diikuti dengan PLA/LNR/GNP-TX, PLA/LNR/GNP-u dan PLA/LNR. Ujian regangan bagi nanokomposit berpengisi GNP masing-masing memberikan nilai optimum pada kandungan pengisi 0.75%bt mengikut turutan GNP-A > GNP-TX > GNP-u. Morfologi permukaan terikan sampel membuktikan GNP terawat dan GNP-u terserak secara homogen pada kandungan 0.75%bt. Keputusan daripada kalori imbasan pembeza (DSC) menunjukkan kestabilan terma meningkat bagi sampel PLA/LNR/GNP-A berbanding sampel PLA/LNR, PLA/LNR/GNP-u dan PLA/LNR/GNP-TX. Kekonduksian elektrik juga memberikan perbezaan yang ketara dengan kehadiran GNP terawat dan GNP-u. Nilai kekonduksian didapati meningkat dengan penambahan GNP dari kandungan 0.25 - 1.00%bt. Berdasarkan kepada keputusan, penghasilan nanokomposit adunan PLA/LNR dengan penambahan GNP-A pada kandungan optimum memberikan kesan peningkatan yang baik terhadap sifat mekanik, terma dan elektrik.,Sarjana Sains
Pages: 91
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130205+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
68.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.