Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462803
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrim Haji Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Aishah Mohd Amran (P90527) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:52Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:52Z | - |
dc.date.issued | 2022-05-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130205 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462803 | - |
dc.description | Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan rawatan grafin nanoplat (GNP) dan kesan kandungan GNP (GNP dirawat dan GNP tidak dirawat (GNP-u)) pada peratus berat yang berbeza (0.25, 0.50, 0.75 dan 1.00%bt) dalam adunan asid polilaktik / cecair getah asli (PLA/LNR) terhadap sifat mekanik, terma, morfologi dan elektrik. LNR digunakan sebagai agen penserasi dan nisbah komposisi antara PLA dan LNR ditetapkan pada 90:10. Kajian ini memfokuskan kepada rawatan terhadap permukaan kepingan GNP secara modifikasi kovalen dan bukan kovalen dalam media metanol. Kehadiran asid amino dodekanoik (ADA) digunakan sebagai pemfungsian kovalen (GNP-A) manakala Triton X-100 (TX-100) sebagai pemfungsian bukan kovalen (GNP-TX). Keberkesanan rawatan ini diukur dengan kehilangan puncak C-O dan perbezaan jarak-d, masing-masing merujuk kepada analisis kimia menggunakan analisis fourier transformasi infra-merah (FTIR) dan analisis pembelauan sinar X. Seterusnya, nanokomposit PLA/LNR/GNP-u, PLA/LNR/GNP-A dan PLA/LNR/GNP-TX dihasilkan dengan menggunakan mesin pengadun dalaman Thermo Haake pada suhu 180°C selama 14 minit dengan kelajuan rotor 100ppm. Proses pembentukan sampel dibuat menggunakan mesin acuan mampatan panas sejuk pada suhu 180°C selama 16 minit. Pemerhatian pada mikroskopi penghantaran elektron (TEM) menunjukkan pengurangan tindanan antara GNP terawat (GNP-A dan GNP-TX) berbanding GNP-u. Perbandingan jenis nanokomposit menunjukkan peningkatan sifat mekanik, terma dan elektrik yang paling baik adalah pada PLA/LNR/GNP-A diikuti dengan PLA/LNR/GNP-TX, PLA/LNR/GNP-u dan PLA/LNR. Ujian regangan bagi nanokomposit berpengisi GNP masing-masing memberikan nilai optimum pada kandungan pengisi 0.75%bt mengikut turutan GNP-A > GNP-TX > GNP-u. Morfologi permukaan terikan sampel membuktikan GNP terawat dan GNP-u terserak secara homogen pada kandungan 0.75%bt. Keputusan daripada kalori imbasan pembeza (DSC) menunjukkan kestabilan terma meningkat bagi sampel PLA/LNR/GNP-A berbanding sampel PLA/LNR, PLA/LNR/GNP-u dan PLA/LNR/GNP-TX. Kekonduksian elektrik juga memberikan perbezaan yang ketara dengan kehadiran GNP terawat dan GNP-u. Nilai kekonduksian didapati meningkat dengan penambahan GNP dari kandungan 0.25 - 1.00%bt. Berdasarkan kepada keputusan, penghasilan nanokomposit adunan PLA/LNR dengan penambahan GNP-A pada kandungan optimum memberikan kesan peningkatan yang baik terhadap sifat mekanik, terma dan elektrik.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Grafin nanoplat | - |
dc.subject | Asid polilaktik | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Nanokomposit asid polilaktik diperkuat cecair getah asli berpengisi grafin nanoplat | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 91 | - |
dc.identifier.barcode | 006763(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130205+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 68.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.