Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462637
Title: Kajian bio-penjerapan logam berat terpilih menggunakan rumpai laut selepas pengekstrakan karageenan
Authors: Kang Oon Lee (P54393)
Supervisor: Nazaruddin Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bioremediation
Marine algae
Heavy metals
Issue Date: 20-May-2012
Description: Proses bio-penjerapan Cu2+, Cd2+, Cr3+, Ni2+ dan Zn2+ menggunakan sisa rumpai laut Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum dikendalikan melalui kaedah keseimbangan berkelompok. Kajian bio-penjerapan telah dilakukan dalam keadaan pengendalian berbeza seperti pH larutan (2.0 - 6.0), kepekatan logam berat (10 - 100 mg/L) dan kehadiran logam pengganggu. Kajian bio-penjerapan mendapati muatan bio-penjerapan logam berat dipengaruhi oleh pH larutan dan kepekatan logam berat. Muatan bio-penjerapan meningkat dan mencapai maksimum pada pH 3.0 - 5.0, kemudian menurun apabila pH melebihi pH optimum. Sementara itu, muatan bio-penjerapan meningkat dan menghampiri nilai tetap apabila kepekatan logam berat melebihi 80 mg/L. Muatan bio-penjerapan menurun dalam kehadiran kation pengganggu. Kajian pemodelan menunjukkan sistem bio-penjerapan Cu2+, Cd2+, Cr3+, Ni2+ dan Zn2+ lebih mematuhi model Freundlich dan Brunauer-Emmett-Teller (BET) daripada model Langmuir. Muatan bio-penjerapan maksimum (Qmax) Cu2+, Cd2+, Cr3+, Ni2+ dan Zn2+ menggunakan sisa rumpai laut K. alvarezii masing-masing mencatatkan nilai 7.74, 6.07, 3.23, 11.85 dan 4.36 mg/g. Sementara itu, muatan bio-penjerapan maksimum (Qmax) Cu2+, Cd2+, Cr3+, Ni2+ dan Zn2+ menggunakan sisa rumpai laut E. denticulatum masing-masing mencatatkan nilai 7.56, 5.76, 2.68, 8.19 dan 3.40 mg/g. Kajian bio-penjerapan mendapati kepilihan bio-penjerapan logam berat menggunakan sisa rumpai laut K. alvarezii dan E. denticulatum mengikut Cr3+ > Ni2+ > Cd2+ > Cu2+ > Zn2+. Kajian mekanisme meramalkan proses bio-penjerapan logam berat menggunakan sisa rumpai laut K. alvarezii dan E. denticulatum melibatkan mekanisme penukargantian kation, pengkompleksan, pemendakan dan penjerapan. Secara keseluruhan, proses bio-penjerapan logam berat menggunakan sisa rumpai laut menunjukkan keberkesanan tinggi dan menawarkan teknologi perawatan sisa industri berpotensi tinggi.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar
Pages: 145
Call Number: TD192.5.K344 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117482+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.