Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462637
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazaruddin Ramli, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorKang Oon Lee (P54393)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:34Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:34Z-
dc.date.issued2012-05-20
dc.identifier.otherukmvital:117482
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462637-
dc.descriptionProses bio-penjerapan Cu2+, Cd2+, Cr3+, Ni2+ dan Zn2+ menggunakan sisa rumpai laut Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum dikendalikan melalui kaedah keseimbangan berkelompok. Kajian bio-penjerapan telah dilakukan dalam keadaan pengendalian berbeza seperti pH larutan (2.0 - 6.0), kepekatan logam berat (10 - 100 mg/L) dan kehadiran logam pengganggu. Kajian bio-penjerapan mendapati muatan bio-penjerapan logam berat dipengaruhi oleh pH larutan dan kepekatan logam berat. Muatan bio-penjerapan meningkat dan mencapai maksimum pada pH 3.0 - 5.0, kemudian menurun apabila pH melebihi pH optimum. Sementara itu, muatan bio-penjerapan meningkat dan menghampiri nilai tetap apabila kepekatan logam berat melebihi 80 mg/L. Muatan bio-penjerapan menurun dalam kehadiran kation pengganggu. Kajian pemodelan menunjukkan sistem bio-penjerapan Cu2+, Cd2+, Cr3+, Ni2+ dan Zn2+ lebih mematuhi model Freundlich dan Brunauer-Emmett-Teller (BET) daripada model Langmuir. Muatan bio-penjerapan maksimum (Qmax) Cu2+, Cd2+, Cr3+, Ni2+ dan Zn2+ menggunakan sisa rumpai laut K. alvarezii masing-masing mencatatkan nilai 7.74, 6.07, 3.23, 11.85 dan 4.36 mg/g. Sementara itu, muatan bio-penjerapan maksimum (Qmax) Cu2+, Cd2+, Cr3+, Ni2+ dan Zn2+ menggunakan sisa rumpai laut E. denticulatum masing-masing mencatatkan nilai 7.56, 5.76, 2.68, 8.19 dan 3.40 mg/g. Kajian bio-penjerapan mendapati kepilihan bio-penjerapan logam berat menggunakan sisa rumpai laut K. alvarezii dan E. denticulatum mengikut Cr3+ > Ni2+ > Cd2+ > Cu2+ > Zn2+. Kajian mekanisme meramalkan proses bio-penjerapan logam berat menggunakan sisa rumpai laut K. alvarezii dan E. denticulatum melibatkan mekanisme penukargantian kation, pengkompleksan, pemendakan dan penjerapan. Secara keseluruhan, proses bio-penjerapan logam berat menggunakan sisa rumpai laut menunjukkan keberkesanan tinggi dan menawarkan teknologi perawatan sisa industri berpotensi tinggi.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectBioremediation
dc.subjectMarine algae
dc.subjectHeavy metals
dc.titleKajian bio-penjerapan logam berat terpilih menggunakan rumpai laut selepas pengekstrakan karageenan
dc.typetheses
dc.format.pages145
dc.identifier.callnoTD192.5.K344 2012 tesis
dc.identifier.barcode002592 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117482+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.