Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462431
Title: | Konflik antara rumus dan korpus: analisis data korpus berkomputer |
Authors: | Zaharani Ahmad |
Conference Name: | Language And Nationhood : Confronting New Realities |
Keywords: | Linguistik Rumus Data korpus Tatabahasa |
Conference Date: | 2003-12-16 |
Conference Location: | Putrajaya Marriot Hotel, Malaysia |
Abstract: | Bahasa adalah sesuatu yang bersistem dan berperaturan. Dalam kajian ilmu linguistik, peraturan- peraturan yang mengawal sistem kebahasaan itu dikenali sabagai nahu ataupun tatabahasa. Bagi ahli bahasa aliran linguistik generatif, nahu itu terdiri daripada sehimpunan rum us. Rumus berperanan untuk menghurai dan menjelaskan pola dan regulariti yang wujud dalam bahasa. Pendeskripsian sesuatu rumus dibuat berdasarkan data empirikal yang menggambarkan penggunaan sebenar bahasa dalam masyarakat. Setelah itu rumus ini seharusnya diteliti lagi dengan data korpus yanglebih besar agar dapat diuji kebenaran dan kesahihannya. Sehubungan itu, kertas ini cuba menelitibeberapa aspek rum us nahu bahasa Melayu seperti yang terkandung dalam buku Tatabahasa Dewan(Nik Safiah et.al 1989) untuk diuji kesahihannya berdasarkan data korpus berkomputer yang dikumpul oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rumus yang disarankan itu tidak seratus peratus tepat kerana wujudnya sekumpulan data korpus yang menyimpang atau tidak mematuhi rumus berkenaan. Penyimpangan ini menyebabkan berlakunya konflik antara deskripsi rumus dengan data korpus, atau dengan kata lain wujudnya konflik antara peraturan tatabahasa dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Gejala ini boleh menimbulkan kekeliruan dan mendatangkan permasalahan kepada masyarakat pengguna bahasa. Kajian Nor Hashimah et.al (2003) mendapati konflik nahu yang terdapat dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu UPSR dan PMR menyebabkan pencapaian pelajar Melayu untuk gred terbaik menurun. Selain daripada itu, konflik ini juga mendatangkan masalah kepada penyusun kamus kerana banyak data terpaksa diubah dan diabaikan kerana keterikatan mereka kepada rumus tatabahasa (Zaharani 2002). Untuk menangani konflik ini, penulis mencadangkan rum us tatabahasa bahasa Melayu perlu diperbetulkan agar bertepatan dengan data korpus yang digunakan. Langkah ini dijangka dapat menghapuskan kekeliruan dan secara tidak langsung semangat kesatubangsaan di kalangan pengguna bahasa dalam masyarakat dapat diwujudkan. |
Pages: | 106 |
Call Number: | P35.I554 2003 n.1 sem |
Publisher: | School of Language Studies and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.