Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460827
Title: | Analisis hubungan pembudayaan literasi sains dengan pengurusan persekitaran dalam kalangan komuniti B40 Kajang, Selangor |
Authors: | S.Sharminii Devi Supramaniam (P98978) |
Supervisor: | Azlan Abas, Dr. |
Keywords: | Komuniti B40 Pembudayaan literasi sains Pengurusan persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Dec-2020 |
Description: | Keupayaan pemahaman mekanisme literasi sains dalam pengurusan persekitaran. Pengetahuan sains berada pada tahap yang rendah dan ia menyebabkan amalan pengurusan persekitaran sangat kurang dalam kalangan komuniti B40. Justeru itu kajian ini dijalankan bersandarkan 3 objektif kajian iaitu; mengenalpasti tahap literasi sains dari aspek pengetahuan, minat dan kesedaran ke atas komuniti B40 di bandar Kajang dan menganalisis tahap pengurusan persekitaran dari aspek kesedaran dan amalan ke atas komuniti B40 di bandar Kajang serta menilai hubungan tahap pembudayaan literasi sains dengan pengurusan persekitaran dalam komuniti B40 di bandar Kajang. Kajian in dijalankan di bandar Kajang, Selangor (Taman Asa Jaya, Taman Sungai Jeluk dan Taman Rakan) dengan merangkumi 351 orang responden yang terdiri daripada komuniti B40.Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan literasi sains adalah sederhana (skor min 3.53), tahap minat literasi sains adalah sederhana (skor min 3.36), tahap kesedaran literasi sains pula sederhana (skor min 3.45) manakala tahap kesedaran pengurusan persekitaran adalah tinggi (skor min 3.76) serta tahap amalan pengurusan persekitaran adalah sederhana (skor min 3.61). Analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pembudayaan literasi sains dengan pengurusan persekitaran terhadap komuniti B40 dengan nilai r=0.831, p<0.05. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara pembudayaan literasi sains dengan pengurusan persekitaran. Komuniti B40 mempunyai kesedaran tentang pembudayaan literasi sains dan pengurusan persekitaran tetapi amalan untuk mempraktikkanya dalam kehidupan seharian masih dalam peringkat yang rendah.Bagi memastikan matlamat pembangunan lestari tercapai, pengaplikasian sains amat penting untuk dibudayakan dalam kalangan masyarakat khususnya komuniti B40.,Sarjana Pengurusan Persekitaran |
Pages: | 144 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124071+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.