Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460788
Title: Impak pengangkutan bahan berbahaya ke atas kemudahterancaman ruang khidmat setempat kajian kes di Seksyen 13 dan Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, Selangor
Authors: Tazudin Taupiang (P39386)
Supervisor: Abdul Hadi Harman Shah, Prof. Madya.
Keywords: Hazardous substances -- Transportation -- Malaysia -- Selangor
Hazardous substances -- Environmental aspects -- Malaysia
Hazardous substances -- Security measures
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Aug-2011
Description: Kajian ini meneliti persoalan kemudahterancaman hasil risiko proses pengangkutan bahan merbahaya di laluan pengangkutan sekitar Bandar Baru Bangi. Persoalan sebegini semakin penting memandangkan pengangkutan bahan berbahaya mendapat permintaan yang tinggi dan berpotensi membimbangkan. Kajian ini menghujahkan bahawa pengangkutan bahan berbahaya merupakan salah satu agen penggerak yang mempengaruhi tahap keterancaman kawasan setempat. Objektif kajian adalah bagi mengenalpasti kawasan – kawasan yang paling terancam dengan melihat aksesibiliti pengangkutan bahan berbahaya. Kajian ini juga bertujuan bagi menganalisis faktor – faktor utama dalam kemudahterancaman dengan melihat hubungan antara agen pembawa dan penerima, penjanaan perjalanan yang membabitkan nilai muatan, aksesibiliti keselamatan, serta karakter kawasan yang terdedah. Lokasi kajian terletak di kawasan persimpangan yang semakin membangun iaitu Seksyen 13 dan Seksyen 14 Bandar Baru Bangi. Kajian ini menggunakan kaedah pengamatan terstruktur di lapangan dan temubual mendalam untuk meneliti potensi keterancaman di kawasan kajian. Berasaskan penelitian terhadap faktor-faktor termasuk kekerapan perjalanan, pemilihan laluan dengan jarak kepada ruang utama penduduk, jumlah tekanan, dan bebanan yang dibawa serta keadaan fizikal kawasan, saiz dan pola limpahan kemudahterancaman pengangkutan bahan berbahaya analisis dan peta risiko keterancamannya dibentuk. Ruang utama penduduk yang diteliti termasuk ruang sosial, ruang pendidikan dan ruang ekonomi. Hasilnya digambarkan menerusi analisis ruang berasaskan sistem maklumat geografi iaitu semakin dekat jarak laluan pengangkutan bahan berbahaya maka semakin tinggi keterancaman kawasan. Nilai bebanan yang dibawa dan faktor penduduk juga merupakan penentu tahap keterancaman yang tinggi jika ia merupakan kawasan tumpuan. Jarak ketersampaian pihak berkuasa adalah ideal dibawah 10 minit dengan 200 meter dari lokasi kejadian. Peningkatan dan penambahan laluan bahan berbahaya di kawasan berpenduduk merupakan isu yang perlu diberi perhatian. Kajian ini disimpulkan dengan beberapa implikasi perancangan dan pengurusan persekitaran untuk meminimumkan risiko keterancaman setempat akibat pengangkutan bahan berbahaya.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengurusan Persekitaran
Pages: 123
Call Number: HE2321.D3T349 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114626+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
25.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.