Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460211
Title: | Kesediaan guru ekonomi menengah atas menggunakan media sosial dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) |
Authors: | Mahathir Jaffar (P101202) |
Supervisor: | Muhammad Hussin, Prof. Madya Dato` Dr. |
Keywords: | Social media in education Education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 24-Mar-2022 |
Description: | Perkembangan teknologi jaringan Internet Web 3.0 telah memberi kesan kepada peningkatan penggunaan sosial media dalam aktiviti seharian manusia. Media sosial merupakan suatu platform atas talian yang dapat digunakan untuk manusia berinteraksi, berkongsi idea dan pendapat, berkongsi gambar dan video dan pelbagai lagi. ejen menengah atas sebagai ejen utama pendidikan dapat mengambil media sosial sebagai suatu inisiatif baru dalam menghasilkan PdPC dengan kaedah terkini, menarik dan berkesan. Media sosial merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan untuk menjalankan PdPc selain dari kaedah konvensional “chalk and talk. Kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesediaan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Ekonomi menengah atas di negeri Melaka dalam melaksanakan PdPC menerusi media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan dimana ia melibatkan 82 guru Ekonomi menengah atas dari sekolah menengah di seluruh negeri Melaka. Instrumen kajian adalah borang soal selidik. Cara analisis data adalah deskriptif menggunakan min dan inferensi digunakan adalah Ujian-t dan ujian ANOVA Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tinggi bagi ketiga-tiga tahap kesediaan guru berkaitan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi berkaitan media sosial. Dapatan Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara kesediaan guru dari sudut pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan faktor demografi iaitu jantina dan tahap pendidikan. Manakala bagi dapatan ujian ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara kesediaan guru dari sudut pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan faktor demografi iaitu umur dan pengalaman mengajar. Kajian ini dibuat bagi membantu guru, sekolah dan Kementerian Pendidikan dalam usaha mereka meluaskan penggunaan Teknologi Komunikasi dan Multimedia (TMK) dalam pendidikan. Sokongan dan pembangunan secara menyeluruh dari pihak yang terlibat adalah sangat penting. Guru perlulah mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap menggunakan media sosial terus komited memberi dorongan untuk menggunakan media sosial dalam proses.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 149 |
Call Number: | LB1044.87.M334 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 818.71 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.