Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460205
Title: Perspektif guru prasekolah terhadap penerapan elemen-elemen pendidikan sosioemosi dalam pembelajaran sains awal
Authors: Siti Sarah Hasbullah (P93576)
Supervisor: Kamariah Abu Bakar, Dr.
Keywords: Early childhood education
Kindergarten
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Mar-2022
Description: Pembelajaran Sains Awal di prasekolah tidak hanya mendorong kanak-kanak untuk melakukan pelbagai bentuk penerokaan dan penemuan dalam dunia di sekeliling mereka, malah ia turut mempunyai potensi besar dalam memperkembangkan kemahiran sosioemosi kanak-kanak. Ini kerana, dalam eksplorasi, kanak-kanak juga belajar untuk memahami kepentingan peraturan, menunggu giliran, mendengar arahan dengan baik, bekerjasama dengan rakan-rakan, membantu orang lain dan mengenali serta memahami perasaan yang berbeza antara setiap individu. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains Awal serta mendapatkan pandangan guru tentang sikap, pengetahuan dan amalan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sosioemosi. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti elemen-elemen dalam pembelajaran Sains Awal yang dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan kompetensi sosioemosi kanak-kanak. Bagi kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes ini, pemilihan peserta kajian dilakukan secara bertujuan dan seramai 4 orang guru prasekolah iaitu dari prasekolah KPM, prasekolah swasta persendirian, prasekolah swasta francais dan prasekolah antarabangsa telah melibatkan diri. Temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisisan NVivo 12. Hasil kajian mendapati guru-guru prasekolah melihat gabung jalin sebegini sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dan mempunyai peluang baik dalam memperkembangkan kompetensi sosioemosi kanak-kanak. Elemen-elemen Pendidikan Sosioemosi sesuai untuk diterapkan dalam Pembelajaran Sains Awal kerana ia i) dekat dengan diri kanak-kanak, ii) menyediakan persekitaran yang kondusif, iii) menawarkan pembelajaran yang menyeronokkan, iv) membolehkan kanak-kanak terlibat secara aktif dan v) memberikan peluang untuk kanak-kanak berinteraksi secara efektif. Gabung jalin ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan di semua jenis prasekolah di Malaysia. Adalah diharapkan kajian ini dapat memperluaskan perspektif dan pemahaman terhadap kebolehlaksanaan Pendidikan Sosioemosi merentasi kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak.,Sarjana Pendidikan
Pages: 196
Call Number: LB1139.23.S388 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129829+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
995.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.