Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460177
Title: Pendidikan prasekolah terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak gelandangan
Authors: Norhafizan Ismail (P79127)
Supervisor: Aliza Alias, Dr.
Keywords: Kanak-kanak gelandangan
Tingkah laku
Prasekolah -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Oct-2020
Description: Tingkah laku kanak-kanak pada usia 4 hingga 6 tahun dipengaruhi oleh persekitaran dalam kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang kurang sihat seperti kanak-kanak gelandangan cenderung untuk bertingkah laku bermasalah. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan menemubual seorang guru prasekolah dan seorang guru kaunseling yang mengajar di sekolah gelandangan di Kuala Lumpur. Kedua-dua guru yang ditemubual menyatakan bahawa pada awal persekolahan, kanak-kanak gelandangan ini mempamerkan tingkah laku bermasalah seperti berkelakuan nakal, agresif malah mencederakan rakan sekelas mereka. Mereka juga sering bercakap lucah, mencarut dan berkomunikasi menggunakan laras bahasa yang kasar. Pemerhatian telah dijalankan selama dua bulan pada pertengahan tahun persekolahan. Borang senarai semak telah digunakan untuk mengenal pasti tingkah laku yang dipamerkan oleh 6 orang kanak-kanak gelandangan yang mengikuti kelas prasekolah. Hasil dari pemerhatian ini didapati tingkah laku bermasalah kanak-kanak ini semakin berkurangan dan tidak lagi memukul rakan sekelas. Mereka juga kurang bercakap lucah, mencarut serta telah menggunakan laras bahasa yang lebih sesuai untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya. Ini menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak gelandangan telah memberi perubahan yang besar terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak gelandangan ini sesuai dengan umur mereka. Justeru itu, pendidikan prasekolah adalah penting dalam membimbing dan memupuk tingkah laku murni dalam kalangan kanak-kanak gelandangan kerana persekitaran pembelajaran yang selamat.,Sarjana Pendidikan
Pages: 146
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126174+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.