Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460172
Title: Pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah
Authors: Asniza Che Ishak (P69139)
Supervisor: Aliza Alias, Dr.
Keywords: Prasekolah -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Dec-2020
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid-murid prasekolah berdasarkan jantina dan sesi persekolahan. Seterusnya kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara pengetahuan konsep bentuk dan ruang dengan pendapatan ibu bapa. Kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini melibatkan seramai 132 orang murid prasekolah yang berumur enam tahun di daerah Sepang, Selangor. Responden dipilih secara bertujuan melibatkan 60 orang murid lelaki dan 72 orang murid perempuan terdiri daripada dua buah prasekolah yang mempunyai dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Instrumen yang digunakan adalah Ujian Pengetahuan Konsep Bentuk dan Ruang yang mengandungi enam item. Data dianalisis secara statistik deskriptif, ujian t tidak bersandar dan Korelasi Spearman menggunakan perisian IBM SPSS 24.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah yang berada pada tahap rendah adalah seramai 19 (14.4%) orang murid, tahap sederhana pula seramai 60 (45.5%) orang murid dan tahap tinggi seramai 53 (40.1%) orang murid. Analisis ujian t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah dengan sesi persekolahan dan antara jantina murid lelaki dengan murid perempuan. Seterusnya, kajian menunjukkan terdapat hubungan positif pada tahap sederhana yang signifikan antara tahap pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah dengan pendapatan ibu bapa (r=0.411, p<0.05). Bimbingan secara berterusan perlu diberikan kepada murid terutamanya daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah supaya mereka tidak ketinggalan apabila melangkah ke Tahun Satu.,Ijazah Sarjana Pendidikan
Pages: 121
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125949+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
903.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.