Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460172
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aliza Alias, Dr. | |
dc.contributor.author | Asniza Che Ishak (P69139) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:40:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:40:35Z | - |
dc.date.issued | 2020-12-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125949 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460172 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid-murid prasekolah berdasarkan jantina dan sesi persekolahan. Seterusnya kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara pengetahuan konsep bentuk dan ruang dengan pendapatan ibu bapa. Kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini melibatkan seramai 132 orang murid prasekolah yang berumur enam tahun di daerah Sepang, Selangor. Responden dipilih secara bertujuan melibatkan 60 orang murid lelaki dan 72 orang murid perempuan terdiri daripada dua buah prasekolah yang mempunyai dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Instrumen yang digunakan adalah Ujian Pengetahuan Konsep Bentuk dan Ruang yang mengandungi enam item. Data dianalisis secara statistik deskriptif, ujian t tidak bersandar dan Korelasi Spearman menggunakan perisian IBM SPSS 24.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah yang berada pada tahap rendah adalah seramai 19 (14.4%) orang murid, tahap sederhana pula seramai 60 (45.5%) orang murid dan tahap tinggi seramai 53 (40.1%) orang murid. Analisis ujian t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah dengan sesi persekolahan dan antara jantina murid lelaki dengan murid perempuan. Seterusnya, kajian menunjukkan terdapat hubungan positif pada tahap sederhana yang signifikan antara tahap pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah dengan pendapatan ibu bapa (r=0.411, p<0.05). Bimbingan secara berterusan perlu diberikan kepada murid terutamanya daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah supaya mereka tidak ketinggalan apabila melangkah ke Tahun Satu.,Ijazah Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Prasekolah -- Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengetahuan konsep bentuk dan ruang murid prasekolah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 121 | |
dc.identifier.barcode | 006380(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125949+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 903.21 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.