Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460146
Title: Kebolehbacaan buku teks Usuluddin dalam kalangan pelajar sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Sarawak
Authors: Jasminah Jimin (P96031)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.
Keywords: Kebolehbacaan
Usuluddin
Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Feb-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehbacaan buku teks Usuluddin dalam kalangan pelajar tingkatan empat di SABK negeri Sarawak. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau hubungan antara kebolehbacaan buku teks Usuluddin dengan pencapaian Usuluddin. Kajian ini turut meninjau hubungan antara kebolehbacaan buku teks Usuluddin dengan pencapaian Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah (LAM). Seramai 143 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu ujian kloz dan soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk menghurai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala data kajian inferensi melalui ujian korelasi spearman dilakukan dengan perisian SPSS. Keputusan kajian telah menunjukkan tahap min skor kebolehbacaan ujian kloz pada tahap kecewa iaitu pada tahap sukar difahami oleh sebilangan besar pelajar. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian Usuluddin dengan kebolehbacaan buku teks Usuluddin. Demikian juga terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian LAM dengan kebolehbacaan teks Usuluddin. Hasil analisis soal selidik menunjukkan persepsi pelajar terhadap persembahan kandungan buku teks Usuluddin pada tahap sederhana tinggi. Demikian juga persepsi pelajar terhadap laras bahasa yang terkandung di dalam buku teks pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap aktiviti dan latihan buku teks Usuluddin juga berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada pihak yang terlibat dalam menghasilkan buku teks dengan mengambil kira tahap kebolehbacaan yang sesuai bagi pelajar dan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam subjek agama di dalam bahasa Arab.,Sarjana Pendidikan
Pages: 154
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125253+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.