Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460112
Title: | Hubungan antara pengetahuan dengan sikap guru prasekolah swasta terhadap kanak-kanak autisme |
Authors: | Nur Azira Hamzah (P79110) |
Supervisor: | Aliza Alias, Dr. |
Keywords: | Pengajaran dan pembelajaran Prasekolah swasta Kanak-kanak autisme Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Jul-2021 |
Description: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan dengan sikap guru prasekolah swasta terhadap kanak-kanak Autisme. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan mudah (convenient sampling) yang melibatkan 172 orang guru prasekolah swasta yang hadir dalam program Seminar “Smart Motivational Teachers” di peringkat Negeri Selangor. Kaedah persampelan mudah atau persampelan secara kebarangkalian digunakan kerana sampel mudah untuk ditemui dan diakses. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dan dapatan kajian pula telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti 97 orang (56.4%) guru prasekolah swasta mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang ciri-ciri Autisme secara umum, namun keseluruhan mereka iaitu seramai 152 orang (82.6%) menunjukkan sikap yang neutral dalam mengendalikan kanak-kanak Autisme. Manakala ujian korelasi Pearson pula menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tahap pengetahuan dengan sikap guru prasekolah swasta terhadap kanak-kanak Autisme. Seterusnya, berdasarkan analisis ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara guru prasekolah swasta yang mempunyai pengalaman dengan guru prasekolah swasta yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kanak-kanak Autisme. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru prasekolah swasta yang mempunyai pengalaman berbanding guru prasekolah swasta yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kanak-kanak Autisme. Guru prasekolah swasta yang mempunyai pengalaman menunjukkan sikap yang positif terhadap kanak-kanak Autisme. Secara keseluruhannya, pengetahuan dan sikap guru amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak Autisme.Justeru, guru prasekolah swasta perlu diberi pendedahan tentang ciri-ciri, kaedah pengajaran dan pembelajaran kanak- kanak bekeperluan khas supaya kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang terbaik.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 124 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123132+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.